Utama Android Samsung Samsung dijangka melancarkan Galaxy S24 FE pada hujung tahun 2024

Samsung dijangka melancarkan Galaxy S24 FE pada hujung tahun 2024

57
0

Samsung kini dikatakan sedang mengusahakan varian Fan Edition (FE) untuk Samsung Galaxy S24, menurut portal khusus peranti Samsung, GalaxyClub. Model yang dikatakan sedang dibangunkan menggunakan nama kod R12 tersebut kan meneruskan kesinambungan dari Galaxy S20 FE, S21 FE dan S23 FE.

Selain dari nama kod, tidak banyak maklumat mengenai Galaxy S24 FE didedahkan setakat ini. Ia berbeza dengan Galaxy S23 FE sebelum ini yang banyak diperkatakan dalam waktu seperti ini dan mencetuskan tanda tanya sama ada pelancaran S24 FE mungkin ditunda ke beberapa bulan.

Imej pengolokan dari Smart Update

Berdasarkan perkembangan terkini, terdapat kemungkinan pelancaran model baharu telefon pintar keluaran Samsung tersebut mungkin paling awal dapat dilancarkan pada November ini.

Perkakasan yang digunakan oleh Galaxy S24 FE juga masih lagi belum diketahui. Sebelum ini, Galaxy S23 FE menggunakan pemprosesan Exynos (untuk pasaran seperti Malaysia) dan Snapdragon (Eropah dan beberapa negara lain) dan tidak menggunakan pemprosesan terkini seperti siri S23 lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.