Utama Automotif Tesla panggil semula kesemua 3,878 Cybertruck yang dijual kerana masalah Pedal Pemecut

Tesla panggil semula kesemua 3,878 Cybertruck yang dijual kerana masalah Pedal Pemecut

351
0

Pembeli yang membeli Tesla Cybertruck dilaporkan mengalami masalah pada pedal pemecut yang menyebabkan ia terlekat. Rentetan dari isu tersebut, Tesla telah mengumumkan panggilan semula kesemua 3,878 unit Cybertruck yang telah dijual untuk dibaik pulih.

Pentabdiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Amerika Syarikat menyatakan Tesla telah membuatkan panggilan semula 3,878 unit Cybertruck dari pembelinya. Sungguhpun Tesla tidak menjelaskan sama ada ia melibatkan kesemua Cybertruck, kebanyakan pihak berpendapat jumlah tersebut adalah jumlah keseluruhan unitnya yang telah terjual. Tesla juga baru-baru ini telah mengumumkan penangguhan dan kelewatan penghantaran Cybertruck sehingga seminggu tanpa menyatakan sebarang sebab.

Pemilik Cybertruck turut berkongsikan rasa tidak puas hati dengan trak berkenaan di media sosial dengan salah seorang pemilik berkongsikan pedal pemecutnya tertanggal ketika sedang memandu.

Laman web NTHSA menjelaskan pad pedal pemecutnya mungkin tertanggal dan menyebabkan ia tersangkut pada ruangan tempat meletakkan kaki pemandu kenderaan tersbeut. Pedal pemecut tersangkut ini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan dan seterusnya membahayakan nyawa pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain.

@el.chepito1985

serious problem with my Cybertruck and potential all Cybertrucks #tesla #cyberbeast #cybertruck #stopsale #recall

♬ original sound – el.chepito

Seperti biasa, panggilan semula bagi tujuan penggantian atau pembaikan bahagian pedal pemecut ini tidak akan melibatkan kos bagi pengguna Cybertruck. NHTSA menyebut pemilik Cybertruck dijangka akan menerima surat pemakluman menjelang Jun 2024.

Tesla Cybertruck dilancarkan pada November 2023 dan menerima maklumbalas yang bercampur-campur sejak pengumumannya pada 2019. Kebanyakan pihak memberikan respon negatif terutaman ciri reka bentuknya yang luar daripada kebiasaan.

Ini bukanlah kali pertama Cybertruck dipanggil semula oleh Tesla. Februari lalu, Tesla telah memanggil lebih dari 2 juta unit kenderaannya di Amerika Syarikat berikutan masalah lampu amarannya memaparkannya dalam bentuk saiz yang salah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.