Samsung Galaxy M62 bakal memasuki ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi berdasarkan perkongsian oleh Samsung Malaysia di dalam Facebook rasminya.

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh telefon pintar ini adalah kapasiti baterinya yang tinggi, iaitu 7,000mAh. Ianya turut dikatakan menyokong fungsi pengecasan pantas.

Telefon pintar baharu dari Samsung ini bakal ditawarkan secara eksklusif di platform jualan dalam talian Lazada.

Setakat ini Samsung Malaysia masih belum memaklumkan mengenai spesifikasi penuh dengan tarikh pelancarannya secara rasmi di Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.