Samsung Galaxy A02 secara rasminya telah dilancarkan pada penghujung Januari baru-baru ini dan kini, telefon pintar baharu dari Samsung ini memasuki pasaran Malaysia.

Terdapat dua variasi yang diperkenalkan, tetapi untuk jenis RAM 3GB dan storan dalaman 32GB harganya kini dijual pada RM399. Pada pendapat kami, harga ini boleh dikatakan amat berbaloi berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Telefon ini menyediakan paparan TFT Infinity-V HD+ 6.5-inci, bersama-sama cipset MediaTek MT6739W. Kualiti paparan yang disediakan boleh dikira memuaskan, sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Menggunakan antaramuka One UI Core yang berasaskan Android 10, Samsung Galaxy A02 turut menyediakan Dark Mode bagi memberikan keselesaan pada mata ketika digunakan di dalam gelap.

Di belakang telefon ini menyediakan kamera berkonfigurasi dwi-kamera dengan 13MP sebagai kamera utama dan 2MP sebagai kamera makro. Manakala di depannya disediakan kamera swafoto 5MP.

Tidak ketinggalan, bateri yang disediakannya pun boleh dikira agak besar kapasitinya iaitu 5,000mAh. Mampu bertahan penggunaannya untuk sehari suntuk sebelum ianya perlu dicaskan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy A02 boleh mendapatkannya di wakil-wakil jualan rasmi Samsung di seluruh negara dan juga secara dalam talian. Kunjungi laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Samsung Galaxy A02

Prestasi

PemprosesanQuad-core 1.5 GHz Cortex-A53
CipsetMediatek MT6739W (28 nm)
GPUPowerVR GE8100
RAM & StoranRAM 3GB, storan 32GB
Storan tambahanmikroSDXC
OSAndroid 10, One UI 2.0
BateriLi-Po 5000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan

Skrin

Saiz paparan6.5 inci
Jenis paparanPLS IPS

Kerangka

Ukuran164  x  75.9  x  9.1 mm
Berat206 g (7.27 oz)
Jenis kerangkaDepan kaca, belakang plastik, kerangka plastik
WarnaHitam, Biru

Ketersambungan

SIMSIM 1 (nano) + SIM 2 (nano) + MicroSD
Kelajuan DataHSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE Cat4 150/50 Mbps
WifiWi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth5.1, A2DP, LE
NFCTiada
USBmicroUSB 2.0

Penderia

PenderiaAccelerometer, proximity
GPSYa, dengan A-GPS, GLONASS
RadioRadio FM
Kamera & Video
Kamera belakangDwi: 13 MP, f/1.9, (wide), AF + 2 MP, f/2.4, (macro)
Kamera depan5 MP, f/2.0
Video1080p@30fps
Lain-lainLED flash

Audio

Pembesar suaraAda
Bicu audioAda
RadioRadio FM

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.