Siri Samsung Galaxy di Malaysia bakal menambahkan lagi bilangannya melalui kehadiran Galaxy M62 pada Mac ini. Dikenali juga sebagai Galaxy F62 di pasaran India, tarikan utama telefon pintar ini adalah pada kapasiti baterinya 7,000mAh.

Telefon pintar ini didatangkan dengan paparan Full HD+ Super AMOLED Plus 6.7-inci. Ia dikuasakan oleh cipset Exynos 9825, jenis yang sama digunakan pada siri Galaxy Note10.

Untuk pasaran Malaysia, telefon ini menyertakan RAM 8GB dengan storan dalaman 256GB.

Di belakangnya turut disediakan sebuah kamera utama 64MP f/.18 yang turut digandingkan dengan kamera ultra-lebar 12MP f/2.2, kamera makro 5MP f/2.4 dan kamera berkedalaman 5MP f/2.4. Manakala di hadapannya disediakan kamera swafoto 32MP yang ditempatkan pada sebelah atas di tengah paparannya.

Bersama-sama bateri berkapasiti 7,000mAh, Samsung Galaxy M62 berkeupayaan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W.

Harga jualan bagi Galaxy M62 adalah RM1,999, tetapi untuk masa yang terhad ianya dijual pada RM1,599 ketika pelancarannya di Lazada Malaysia pada 3 Mac 2021 nanti.

Buat masa ini belum diketahui sama ada telefon pintar model ini akan dijual melalui pengedar-pengedar lain di Malaysia.

Spesifikasi Samsung Galaxy M62

Prestasi

PemprosesanOcta-core (2×2.73 GHz Exynos M4 & 2×2.40 GHz Cortex-A75 & 4×1.95 GHz Cortex-A55)
CipsetExynos 9825 (7 nm)
GPUMali-G76 MP12
RAM & StoranRAM 8GB, storan 256GB
External StoragemikroSDXC
Sistem operasiAndroid 11, One UI 3.1
BatteryLi-Po 7000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan
Pengecasan pantas 25W
Pengecasan berbalik

Skrin

Saiz paparan6.7 inci
Jenis paparanSuper AMOLED Plus
Kerangka
Ukuran163.9  x  76.3  x  9.5 mm
Berat218 g (7.69 oz)
Jenis kerangkaDepan kaca, belakang plastik, kerangka plastik
WarnaHijau Laser, Kelabu Laser, Biru Laser

Ketersambungan

SIMDwi SIM (Nano-SIM, dwi bersedia)
Kelajuan dataHSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A
WifiWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
Bluetooth5.0, A2DP, LE
NFCAda
USBUSB Type-C 2.0, USB On-The-Go

Penderia

PenderiaPengimbas cap jari (bahagian sisi), accelerometer, gyro, proximity, kompas
GPSAda, dengan A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS
RadioRadio FM radio

Kamera & Video

Kamera belakangKuad: 64 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.73″, 0.8µm, PDAF + 12 MP, f/2.2, 123˚ (ultra-lebar) + 5 MP, f/2.4, (makro) + 5 MP, f/2.4, (kedalaman)
Front Camera32 MP, f/2.2, 26mm (lebar), 1/2.8″, 0.8µm
Video4K@30fps, 1080p@30fps
Selfie: 4K@30fps, 1080p@30fps
Ciri lainBelakang: Flash LED, panorama, HDR
Swafoto: HDR

Audio

Pembesar suaraAda
Bicu audioAda
RadioRadio FM dan rakaman audio

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.