Awal tahun ini Samsung telah pun memperkenalkan Samsung Galaxy A32 5G dan kini membawakan versi 4G pula. Telefon berkenaan hanya dikenali sebagai Samsung Galaxy A32 sahaja telah pun mula dijual di Russia.

Beza antara kedua-dua model ini bukan sekadar pada jenis rangkaian yang disokongnya sahaja. Ianya turut dibezakan pada jenis cipset yang digunakan, skrin dan juga kamera hadapannya.

Samsung Galaxy A32 menggunakan cipset Helio G80 berbanding Dimensity 720 yang digunakan oleh Samsung Galaxy A32 5G. Selain itu, versi 4G ini juga mempunyai paparan Infinity-U dengan panel beresolusi Full HD+ Super AMOLED 6.4-inci.

Kamera hadapannya yang ditempatkan pada takuk pada paparannya menyediakan sebuah kamera 20MP dan lensa f/2.2, tanpa fokus auto. Paparannya yang dilindungi oleh kaca Gorilla Glass 5 ini turut menyediakan pengimbas cap jari terbina dalam.Samsung Galaxy A32 4G Front

Di belakangnya menawarkan kamera yang berbeza dengan versi 5G, yang mana versi ini menyediakan kamera utama 64MP berbanding 48MP. Untuk dua lagi kamera yang digandingkan masih lagi sama iaitu kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 5MP.

Bateri yang disediakan berkapasiti 5,000mAh dengan keupayaan pengecasan pantas 15W melalui port USB-C. Telefon ini menggunakan antaramuka One UI 3.1 yang berasaskan Android 11.

Samsung Galaxy A32 hanya menawarkan RAM 4GB sahaja dengan pilihan storan 64GB atau 128GB. Di Russia, harga jualannya adalah RUB19,990 (~RM1,085) untuk variasi storan 64GB dan RUB21,990 (RM1,194) untuk variasi storan 128GB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.