Utama Android Samsung Samsung Galaxy A33, A53 dan A73 kini boleh gunakan rangkaian 5G di...

Samsung Galaxy A33, A53 dan A73 kini boleh gunakan rangkaian 5G di Malaysia

574
0

Apa berita terkini? Jika anda memiliki mana-mana siri Galaxy A terbaharu, seperti Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G dengan mana-mana pembekal perkhidmatan yang menyokong 5G, bersedia untuk terpesona kerana siri peranti tersebut kini berkemampuan 5G dengan kemas kini perisian – menyambungkan peranti anda pada kelajuan serta-merta untuk membolehkan anda menstrim, bermain, memuat turun dan terus kekal terhubung dengan kuasa yang anda tidak pernah alami sebelum ini.

Salah satu perkara paling menarik yang didatangkan dengan 5G ialah ia direka untuk mengurangkan kependaman, sama ada anda menstrim perlawanan bola sepak secara langsung, berbual bersama rakan melalui panggilan video atau bermain permainan dengan grafik permainan AR dan VR yang intensif, anda akan rasakan pengalaman yang sangat nyata. Sambungan yang lebih pantas semestinya meningkatkan prestasi peranti anda, melangkaui permainan maya. Selain itu, dengan penampilan kualiti yang lebih jelas, panggilan video kini menjadi lebih lancar dan mengasyikkan.  

Apatah lagi, rangkaian 5G melangkaui rumah anda. Semasa dalam perjalanan, anda boleh memuat turun dan menonton rancangan kegemaran anda tanpa perlu risau tentang sebarang gangguan. Ia begitu pantas sehingga dapat menggantikan pita lebar anda, membolehkan anda mempunyai kelajuan data yang sama sama ada anda berada di rumah atau dalam perjalanan. Tambahan, anda juga boleh meningkatkan prestasi ketiga-tiga peranti siri Galaxy A terbaharu kerana ia didatangkan dengan RAM yang besar – 16GB RAM fizikal dan maya untuk anda membuat berbilang tugas dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Lebih baik lagi, peranti ini bersama dengan rangkaian 5G, boleh meningkatkan dan menjadikan urusan harian anda lebih baik dan cekap dengan Pengalaman Galaxy: Samsung Pay – membolehkan anda membuat pembelian dengan kad debit atau kredit anda melalui telefon anda. Bixby Routines – memprogram telefon anda untuk mengautomasikan tugas rutin harian anda. Link to Windows – akses gambar, aplikasi dan panggilan telefon pintar anda dari komputer anda. Buds Auto Switch – penukaran audio pintar antara peranti Galaxy. Continue App – teruskan penyemakan imbas anda dan catatan nota antara peranti Galaxy. Kini anda boleh menikmati ciri daripada model mercu Galaxy pada peranti mampu milik seperti Siri A!

Siri Samsung Galaxy A kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store. Selain itu, dari sekarang hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat hadiah percuma dan diskaun 20% Samsung Care+ dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli mana-mana telefon pintar Siri Galaxy A. Lebih baik lagi, anda dapat nikmati penjimatan hebat apabila anda menukar beli peranti layak anda dan terima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas

Harga Samsung Galaxy A di Malaysia

Semak harga runcit yang disyorkan dan hadiah percuma Siri Galaxy A terbaharu di bawah:

ModelTarikh Promosi PelancaranRRPWarnaHadiah Percuma
Galaxy A33 5G22 April 2022 – 31 Mei 2022RM1,499Awesome Black,

Awesome White,

Awesome Peach,

Awesome Blue

•  1x  Galaxy A33 5G Card Slot Cover, bernilai RM59
Galaxy A53 5G1 April 2022 – 31 Mei 2022RM1,849Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach, Awesome Blue• 1x Galaxy A53 5G Protective Standing Cover, bernilai RM99
Galaxy A73 5G22 April 2022 – 31 Mei 2022RM2,099Awesome Mint,

Awesome Black,

Awesome Gray

•  1x  Camera Filter Mount, bernilai RM169

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi Siri Galaxy A terkini, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-2022/

Jangan ketinggalan! Untuk membuat pembelian, sila layari: 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.