Utama Perkakasan AMD Samsung Exynos dengan RDNA 2 dikatakan 30 peratus lebih pantas dari GPU...

Samsung Exynos dengan RDNA 2 dikatakan 30 peratus lebih pantas dari GPU Mali terkini

134
0

Sejak dari mengesahkan usahasama di antara Samsung dan AMD di Computex 2021 awal bulan ini, kedua-dua pihak masih belum lagi mempertontonkan prestasi cipset Exynos dengan RDNA 2 yang akan dikeluarkan kelak.

Bagaimanapun, maklumat mengenai pengujiannya telah pun tersebar di internet menerusi sumber dalaman yang telah dikongsikan di laman forum popular Korea Selatan, Clien.

Menurut hantaran tersebut, GPU AMD RDNA 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 30% berbanding Mali-G78 yang kini digunakan pada cipset Exynos 2100. Ini juga bermakna ianya lebih pantas berbanding GPU Mali-G710 yang diumumkan ARM pada Mei lalu yang dikatakan 20% lebih pantas berbanding GPU mudah alih terkini.

Pun begitu, maklumat yang tertiris berkenaan juga menyebut kedua-dua pihak, Samsung dan AMD masih lagi sedang memperbaiki beberapa isu pada cip tersebut. Dikatakan, GPU tersebut mempunyai masalah throttling dan mengalami kesukaran mencapai tahap kelajuan klok yang konsisten.

Sumber berkenaan turut menyatakan terdapat 20% kemerosotan prestasi telah dicatatkan di dalam ujian kedua dan ujian ketiga pula mendapati merosot sehingga 30%.

Di dalam maklumat tertiris yang berasingan, Ice Universe berpendapat kedua-dua syarikat sedang merancang untuk memperkenalkan cipset Exynos dengan RDNA 2 ini sekitar Julai 2021. Samsung dan AMD masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.