Pasaran produk kecantikan yang ditujukan khas untuk golongan perempuan Melayu di Malaysia memang berpotensi besar. Menurut Hasan Malek, syarikat dan rakyat Malaysia berbelanja RM1.6 bilion setahun bagi tujuan rakwatan dan produk kecantikan. Antara produk yang terlajak laris di pasaran Malaysia sekarang ini tentunya produk pencerahan kulit yang banyak mensasarkan golongan perempuan Melayu yang berkulit gelap.

Sebenarnya, obsesi pada kulit putih ni bukan hanya pada masyarakat Melayu je. Hampir kebanyakan masyarakat di Asia ni khususnya terlalu obses dengan kulit putih. Kononnya, berkulit putih dan cerah itu lebih cantik dari berkulit gelap dan tanned. Padahal, mat salleh Caucasian tu pulak kebanyakannya berpendapat kulit tanned, sawo matang atau hitam manis itu lah yang cantik. Sibuk nak kulit tanned bagai macam kulit Khairy Jamaluddin.

Nampak macam kita yang Melayu asal kulit tak berapa nak cerah ni yang sibukkan pasal nak kulit cerah. Macam ada seorang kenalan ni dulu, punyalah dia sibuk komen pasal kulit orang. Awek gelap, pakwe cerah lah. Or laki cerah, bini gelap lah. Paling teruk, komen pasal warna kulit anak seorang lagi kenalan aku. Kalau tengokkan kulit dia balik, takda la cerah mana pun. Tapi kenapa dengan kawan aku ni dan jugak majoriti masyarakat kita sibukkan dengan warna kulit gelap?

Warna kulit dan Status dalam Masyarakat

Bagi kita masyarakat Asia yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji ni, kebanyakan dari kita dahulu asal-usulnya terdiri dari golongan petani dan nelayan. Hanya segelintir kecil sahaja yang tergolong sebagai golongan bangsawan di dalam hierarchy struktur masyarakat feudal.

Seperti yang kita sedia maklum, golongan bangsawan mana la nak buat kerja-kerja petani macam turun ke bendang semua ni. Baik diorang duduk dalam mahligai diorang sendiri lagi bagus sambil kutip cukai dari petani turun-temurun sejak dari zaman nenek moyang diorang lagi. Sebab tu la diorang boleh maintain berkulit cerah dan petani pula berkulit gelap kerana berjemur sepanjang hari mengusahakan tanaman makanan termasuk padi.

Lama kelamaan, wujud persepsi yang berkulit cerah ni melambangkan kemuliaan dan status darjat yang lebih tinggi di dalam masyarakat kerana ia dikaitkan dengan golongan bangsawan. Ianya terbawa-bawa sehingga kini dan majoriti perempuan Melayu sangat obses untuk mendapatkan kulit cerah dan putih.

Pada aku, obsesi masyarakat kita terhadap kulit cerah ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama dan tidak sepatutnya berlaku dalam kehidupan masa kini yang banyak memperjuangkan keadilan dan hak sama rata. Aku berkongsi pendapat dengan Mantot, penulis blog Cursing Malay, yang merasakan iklan-iklan krim pencerah kulit itu sebagai satu bentuk penghinaan terhadap golongan berkulit gelap.

Paling ketara baru-baru ini tentulah iklan produk Qu Puteh bersempena AJL 29. Seolah-olah, kulit wajah putih itu adalah perkara wahid dalam soal kecantikan perempuan Melayu. Di dalam iklan-iklan produk seperti Fair & Lovely pula, kulit gelap itu digambarkan seperti sesuatu yang tidak normal, atau satu penyakit yang perlu dibasmikan. Pembasminya, tentulah produk Fair & Lovely itu sendiri yang kononnya mampu mencerahkan kulit.

Kandungan di dalam produk-produk pemutihan kulit ni dibimbangi mengandungi racun berjadual mampu memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan. Pendek kata, krim pencerah kulit ini bahaya untuk kesihatan pengguna. Tapi ramai yang tak highlighted kan issue ni. Mungkin takut sales jatuh agaknya. Maklum ajela, market untuk produk kecantikan sekarang ni besar disebabkan perempuan Melayu hari ni kebanyakannya berkerjaya. Apapun, penggunaan yang berlebihan juga mampu merosakkan kulit si pemakai hingga ada sesetengah kes ia langsung tidak boleh dipulihkan seperti keadaan sedia kala.

Kulit kita ni apa warna pun cantik dah sebenarnya. Warna pigmen kulit gelap pun bukanlah satu penyakit, ia adalah anugerah dari Allah untuk kita membendung dari bahaya sinar UV matahari. Kita ni pulak yang sibuk gatal-gatal pergi cuba nak buang. Benda kalau tak rosak, biarkan aje. Gatal usik macam konon nak bagi lagi cantik tu yang jadi masalah tu.

17 KOMEN

  1. Orang putih mesti sangat heran mengapa orang Melayu yang berkulit gelap nak mencerahkan kulit mereka. Sedang orang putih pula menganggap dark and tall sebahagian dari ciri-ciri kesempurnaan wajah manusia. Ramai orang putih yang sengaja berjemur di tepi pantai untuk nampak gelap, manakala kita yang dah gelap ni pula sibuk cari krim pencerah untuk kulit gelap yang menjadi idaman Mat Salih…

    • Itu lah yang saya tak faham tu. Asalkan kulit tu sihat, itu dah dikira cantik la jugak tu. Mat saleh anggap kulit tanned ni sihat sebab selalu kena cahaya matahari. Pada diorang, kulit putih sangat tu tandanya pucat dan tak cukup vitamin D sebab tak kena pancaran sinar mentari.

  2. persepsi masyarakat Melayu memang susah nak diubah – berkulit putih, cerah tu cantik..sbb tu pengasas produk kosmetik boleh jd jutawan..permintaan hangat..sedangkan org2 Barat melihat mereka berkulit gelap tu sesuatu yg menarik, unik..kita dapat lihat ramai supermodel spt Naomi Campbell, Tyra Banks dan model2 kelas atasan terdiri dr mereka yg berkulit gelap..cantik apa..high demand, highly paid..

    Tapi kalau dah mengundang fitnah mcm Dayang Senandung tu, memang kenalah guna produk yg dapat mengembalikan ke warna asal..

  3. Iklan banyak memomokkan yang putih itu cantik, stigma yang dah sebati melekat dalam fikiran sejak sekian lama.. sebelum keadaan semakin teruk, rasanya kerajaan perlu berbuat sesuatu pada iklan2 kecantikan ni.. sekiranya tidak, risau perasaan rendah diri jika berkulit gelap akan mempengaruhi keyakinan diri generasi akan datang.. sepatutnya, masyarakat diajar menghargai kulit, kulit yang cantik adalah kulit yang sihat dan bukan sebaliknya.

  4. Saya teringat mak saudara yang saya panggil Mak Teh, sebelum anak2 lelaki Mak Teh kahwin, dia siap bagi tau kat anak2 lelaki dia supaya “cari isteri kulit puteh sampai nampak urat darah” 😀

  5. ye. poms kan mmg cenggitu. poms ke manusia kot..mmg xbersyukur apa adanya(ceewah).
    kalo tgk omputih tu siap masuk dalam oven(mesin apebenda nama tu xtau) nak gelapkan kulit. tak cukup dgn berjemuq bawah mentari sajork..
    haha.

  6. heemm…lain org lain pendapat kot..bg niesa hitam ke putih ke x ada bezanya asalkan kita pandai menggayakan atau membuatkan diri kita nampak menarik..kalau terlebih putih pn xde lah cantik sgt kan..tgk pd pandangan masing2 dan citarasa msg2..tp x di akui produk memutihkan skarang tumbuh mcm cendawan tumbuh selepas hujan…byk gila..ehehe

  7. Putih2 klu hati hitam pun tak guna juga kan… ada yg sanggup nk putihkan kulit hingga gunakan bahan2 yg mengandungi mercury.. bahaya sbb ia boleh menyerap masuk ke dlm darah & memudaratkan. Ada yg nk putih terus jadi lebam2 muka mcm terbakar… wallahualam..

  8. Kalau boleh semua perempuan nak putih, nak cantik….tapi bagi wanie sendiri, takdelah sampai obses..Kalau dan sedia putih alhamdulillah, kalau hitam manis camni pun takpe.. manis apa..heheh

  9. Saya ingat lagi masa 1st time kawan saya jumpa bakal mak mntua dye, mkcik tu xske kawan sye sbb brkulit gelap. Dye nk yg ptih merah ala ala emma maembong. Tpi nk djadikan cite, kawin jgak. Last2 dpt anak, amik kau, putih melecun kalah emma. Haha seb baik pandai masak, brjaya gak pikat aty mak mentua.

Tinggalkan komentar