Utama Mobile Android Jangan Tanggalkan Cover Bateri Samsung. Itu Cip NFC, bukannya Cip Pengintipan

Jangan Tanggalkan Cover Bateri Samsung. Itu Cip NFC, bukannya Cip Pengintipan

2372
3

Video orang menanggalkan cover bateri telefon pintar Samsung telah menjadi viral minggu lepas dan ramai yang telah melakukannya kerana menyangkakan terdapat satu cip pada cover bateri yang kononnya digunakan untuk tujuan pengintipan.

Anehnya, dalam video-video viral yang tersebar di media sosial seperti Facebook dan group Whatsapp tu, tiada satu pun yang menerangkan bahawa cip tersebut adalah cip NFC (Near Field Communication). Pada pendapat saya, mereka yang menanggalkan cover pada bateri Samsung tu bersikap paranoid.

Tanpa sebarang usul periksa, pihak yang yakin bahawa cip tersebut adalah cip pengintipan turut mengesahkan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa bateri tersebut masih lagi boleh digunakan setelah covernya ditanggalkan. Malah, mereka ada juga mendakwa bateri mereka jadi tahan lebih lama setelah cip tersebut ditanggalkan.

Apa yang ramai tidak tahu adalah apabila anda dengan sengaja menanggalkan cover bateri ini, anda telah mendedahkan diri dengan risiko tatacara penggunaan bateri. Seperti yang diterangkan oleh laman Android Central, anda berisiko untuk membocorkan bateri tersebut apabila menanggalkan cip NFC yang terlekat itu.

Masakan mereka tidak tahu bahawa cip NFC sudah pun lama dipasangkan pada peranti-peranti mudah alih sejak dari 2011 lagi. Ia bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara peranti-peranti dan fungsinya lebih kurang seperti Bluetooth untuk tujuan seperti melakukan pemindahan data antara peranti-peranti.

https://youtu.be/Dy9qngsnBA0

Penggunaan NFC untuk penghantaran data merupakan cara yang lebih selamat, malah pada jarak maksima yang hanya 4cm sahaja antara kedua peranti merendahkan lagi risiko untuk berlakunya kecurian data atau dipintas oleh pihak ketiga sewaktu proses pemindahan data berlaku.

Selain dari penghantaran data antara peranti seperti telefon pintar atau tablet (medium aktif ke medium aktif), NFC juga boleh digunakan untuk komunikasi antara medium aktif ke medium pasif seperti antara telefon pintar dan kad, tag atau lain-lain medium pasif yang menggunakan NFC.

NFC juga boleh digunakan untuk melakukan transaksi tanpa sentuhan seperti yang kita biasa gunakan dengan Smart Tag apabila membayar tol. Pembayaran untuk transaksi tanpa sentuhan ini boleh digunakan melalui aplikasi Google Wallet di mana kad kredit atau kad debit anda diintegrasikan dengan aplikasi dan NFC pada telefon pintar anda.

Teknologi ini masih lagi belum digunakan secara meluas di seluruh dunia terutamanya di Malaysia dan negara-negara dunia ketiga yang lain. Pada masa akan datang, mungkin teknologi NFC ini akan digunakan secara meluas seperti mana orang ramai biasa menggunakan Bluetooth.

Tapi, bila dah cip NFC pada bateri Samsung tu dah ditanggalkan, maka keseluruhan fungsi-fungsi NFC yang terdapat pada telefon pintar terbabit tidak dapat lagi digunakan.

Buat masa ini, banyak pihak yang tidak tahu akan teknologi Near Field Communication (NFC) ini dan jika ramai yang sudah tahu, tentu video menanggalkan cover bateri Samsung ini tidak akan menjadi viral.

3 KOMEN

  1. -paranoid sangat dengan hal-hal privasi ni. kalau macam tu, keluar rumah kena pakai cap, cover muka sebab cctv ada di mana-mana. takut nanti pergerakan kit mudah diintip. lepas tu jadi macam watak gene hackman dalam filem enemy of the state. hehehe…

    -tiga huruf ni pun buat aku paranoid jugak, NFC. terus teringat segerombolan lembu yang sedang bersantai di atas bukit setelah kepenatan meragut rumput. hahahaa…!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.