Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Ryt Bank: Bank Pertama dikuasakan oleh AI di Malaysia – Memperkenalkan Perbankan...

Ryt Bank: Bank Pertama dikuasakan oleh AI di Malaysia – Memperkenalkan Perbankan Yang Ideal

80
0

Kuala Lumpur, 14 January 2025 – Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan  pemberian lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Berhad, sebuah entiti yang  ditubuhkan oleh YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited. Beroperasi di bawah jenama  Ryt Bank, bank digital generasi baharu ini mendapat kelulusan untuk memulakan operasi pada 20 Disember 2024. Bank ini akan dilancarkan secara berperingkat kepada umum untuk memastikan pelaksanaan yang lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Ryt Bank, Melvin Ooi, menyambut baik kelulusan daripada pihak  pengawal selia dan berkata, “Ryt Bank, disokong oleh keutuhan YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited berazam untuk mendefinisikan semula perbankan di Malaysia. Dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) di barisan hadapan, kami menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang bukan sahaja bermakna dan inklusif, tetapi juga membantu pelanggan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.” 

Ryt Bank amat berbangga sebagai sebuah bank yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia. Dengan memperkasa pasukan tempatan yang berbakat, Ryt Bank telah membangunkan sebuah platform berkuasa AI generasi baharu yang mempermudahkan pengalaman pelanggan – dari proses pendaftaran yang pantas sehinggalah kepada transaksi harian –dalam usaha menjadikan perbankan lebih diperibadikan dan kolaboratif, melalui pemahaman tingkah laku pelanggan.

Ryt Bank ialah jurubank peribadi yang dikuasakan oleh AI, untuk memudahkan perkhidmatan perbankan, menyediakan maklumat kewangan yang diperibadikan dan menguruskan strategi simpanan lanjutan. Ryt AI akan memastikan keperluan unik setiap pelanggan dipenuhi dengan segera, cekap dan lancar. Ia turut disokong dengan bantuan yang beroperasi 24/7 untuk menyediakan pengalaman perbankan yang luar biasa.

Fungsi pemindahan wang yang maju Ryt AI membolehkan pemindahan dana dapat dimulakan dan diselesaikan dengan mudah, hanya dengan satu input teks sahaja. Dengan ciri yang mesra pengguna, pendekatan yang serba lancar ini menjimatkan masa dan memastikan aksesibiliti bagi pelbagai pengguna, malah turut disokong dengan pilihan bahasa untuk memenuhi keperluan mereka.

Selain daripada inovasi, Ryt Bank turut mengutamakan keselamatan dan ketelusan.  Pengguna akan menikmati manfaat daripada teknologi penyulitan canggih, keselamatan berbilang lapisan, pengesahan pemadanan wajah biometrik, pemantauan penipuan masa sebenar dan perlindungan deposit sehingga RM250,000 di bawah PIDM bagi setiap pendoposit. Perkhidmatan perbankan Ryt Bank juga tidak mempunyai sebarang caj tersembunyi, membuktikan komitmen Ryt Bank terhadap kejujuran dan kebolehpercayaan.

Dengan mendemokrasikan perbankan dan menjadikan ia lebih mudah diakses, Ryt Bank turut merealisasikan cita-cita negara untuk memenuhi  keperluan perbankan rakyat, di mana kira-kira 15% populasi masih lagi terpinggir dan tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan.  

Kerjasama di antara YTL dan Sea membawa bersama dua jenama yang dipercayai dan rekod prestasi global yang telah terbukti, meletakkan Ryt Bank di atas landasan yang tepat untuk menjadi kuasa  perbankan di Malaysia. Dengan pengalaman yang luas dalam membangunkan negara selama 70 tahun di Malaysia, YTL telah berkembang menjadi salah sebuah perniagaan yang paling dipercayai di Malaysia dengan reputasi “membangunkan perkara yang betul pada masa yang tepat”. Sea, sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka, menggunakan teknologi untuk meningkatkan kehidupan pengguna dan perniagaan kecil. Tiga perniagaan teras mereka, Garena, Shopee dan SeaMoney, masing-masing menerajui bidang hiburan digital, e-dagang, serta pembayaran digital/perkhidmatan kewangan.

Ryt Bank sedang membina pengalaman perbankan digital generasi baharu untuk rakyat Malaysia yang dibina berdasarkan inovasi, pengutamaan pelanggan dan keinginan untuk mewujudkan impak positif dalam kehidupan pelanggannya. 

Ryt Bank akan dilancarkan secara berperingkat kepada orang ramai dalam tempoh  beberapa bulan akan datang. Sila ikuti LinkedIn kami untuk mendapatkan maklumat terkini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.