Utama Mobile Aplikasi Mudah.my dan CelcomDigi Merevolusikan Carian Hartanah dengan Akses Mudah kepada Perkhidmatan Fiber...

Mudah.my dan CelcomDigi Merevolusikan Carian Hartanah dengan Akses Mudah kepada Perkhidmatan Fiber & WiFi 5G Rumah

80
0

Kuala Lumpur, 14 Januari 2025 – Mudah.my, platform klasified terbesar dalam talian di negara ini, mengumumkan kerjasama strategik dengan CelcomDigi, penyedia rangkaian dan perkhidmatan terbesar serta terpantas di Malaysia.

Disokong oleh agensi media OMD Malaysia CelcomDigi, kerjasama ini membolehkan pengenalan ciri inovatif yang menyepadukan perkhidmatan CelcomDigi Fibre dan CelcomDigi 5G Home Wifi secara langsung ke dalam laman sesawang Mudah Property (https://www.mudah.my/), melicinkan proses rakyat Malaysia mencari rumah idaman mereka dengan sambungan internet terbaik.

Akses Serba Lancar di Hujung Jari Anda 

Dapatkan akses mudah dengan perkhidmatan CelcomDigi Fibre dan CelcomDigi 5G Home Wifi, yang kini boleh didapati di seluruh laman sesawang Mudah Property. Kerjasama ini memastikan pengguna yang mencari rumah dapat mengenal pasti pilihan sambungan internet terbaik dengan mudah, sesuai dengan keperluan gaya hidup digital moden mereka. Dengan liputan fiber dan rangkaian terluas CelcomDigi di Malaysia, pemilik rumah dan penyewa dapat menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa gangguan di mana sahaja mereka tinggal.

Penjimatan Lebih Besar, Kelajuan dan Liputan yang Tiada Tandingannya untuk Pengalaman Digital Lebih Baik 

Pemilik rumah boleh menikmati Fibre-to-the-Room (FTTR) PERCUMA sehingga 1Gbps, membolehkan liputan internet yang pantas di setiap bilik. Manakala, bagi mereka yang ingin menaik taraf kediaman, peranti rumah pintar AI boleh didapati hanya dengan harga serendah RM2 sehari. Penyewa yang memerlukan sambungan internet pantas dan mudah alih akan mendapati CelcomDigi 5G Home WiFi sebagai pilihan yang ideal.

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan CelcomDigi bagi meningkatkan pengalaman pencarian hartanah pengguna kami. Mudah Property, dengan melebihi 350,000 senarai hartanah di Malaysia, tetap komited untuk memperkasakan pencari rumah dengan menawarkan pelbagai pilihan dan kemudahan. Dengan kerjasama ini, kami dapat menawarkan pengguna maklumat yang penting tentang pilihan sambungan internet dengan perkhidmatan CelcomDigi Fibre dan CelcomDigi 5G Home Wifi untuk memudahkan proses membuat keputusan. Kerjasama ini bukan sahaja membolehkan kami menawarkan nilai tambahan kepada pengguna, malah juga merupakan suatu peluang bagi CelcomDigi untuk sampai ke kelompok pengguna yang lebih ramai dan pelbagai melalui platform kami. Kami akan memastikan pengguna bukan sahaja menemui rumah yang diidamkan, tetapi juga mendapat sambungan internet yang sesuai dengan gaya hidup digital mereka,” kata Ketua Mudah Property, Teh Han Ming.

“OMD Malaysia menerajui kerjasama ini dengan mengenal pasti peluang dan membina perkongsian kukuh antara pelanggan CelcomDigi dan Mudah. Inisiatif yang pertama seumpamanya di pasaran ini amat sesuai kerana ia memenuhi keperluan perkhidmatan internet pengguna apabila menyewa atau membeli rumah, sekali gus meningkatkan pertimbangan terhadap jenama CelcomDigi. Ia turut menekankan amalan media kreatif OMD, yang menggabungkan maklumat mengenai tingkah laku dan budaya bagi meningkatkan pengaktifan dan kerjasama media kami, memastikan kami sentiasa relevan di mata pelanggan dan mewujudkan hubungan yang lebih bermakna dengan pengguna,” kata Ketua Digital OMD Malaysia, Aliasgar Hirani.

Mudah.my mengalu-alukan kerjasama dengan jenama-jenama yang berazam dalam penyelesaian inovatif yang dapat mempertingkatkan pengalaman pengguna dan memacu pertumbuhan. Mulakan carian anda dan alami perbezaan kehidupan digital yang serba lancar dengan Mudah Property.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.