Radio Televisyen Malaysia (RTM) mencatatkan sejarah penyiaran dengan memperkenalkan teknologi Realiti Maya 360° (Virtual Reality, VR360) buat pertama kalinya untuk sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Format ini membolehkan penonton pengalaman visual yang lebih komprehensif seakan-akan sedang berada di tengah-tengah perarakan dan perbarisan yang berlangsung di Putrajaya pada tahun ini.

Berbeza dengan liputan televisyen konvensional atau penstriman media sosial yang terhad sudut pandang kameranya, penggunaan teknologi VR360 membolehkan penonton menikmati liputan pandangan 360 darjah. Kesemua arah sudut pandangan ini boleh dikawal pengguna menggunakan telefon pintar, komputer atau set kepala VR.

@radiotelevisyenmalaysia

Cantikkk kali ni ada kamera VR360! Bolehlah tengok Akak Bomba dekat-dekat 🥰 ———————————————- Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat kebangsaan boleh disaksikan di TV1, TV2, Berita RTM penstriman langsung di aplikasi RTMKLIK. #RTM55Saat #SambutanHariKebangsaan2025 #HKHM2025 #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI @Izzu.MB

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Anda boleh mengakses liputan VR360 ini menerusi laman web rasmi RTM di rtmklik.rtm.gov.my/merdeka360 atau mengimbas kod QR berikut. Di dalamnya, anda boleh memilih pelbagai pilihan tontonan bergantung pada peranti yang sedang digunakan.

Selain dari menyediakan tontonan menggunakan teknologi VR ini, anda juga boleh mengikuti liputan siaran langsung kaedah konvensional seperti biasa menerusi saluran rasmi RTM di

Selaku penyiar rasmi Hari Kebangsaan, RTM berbesar hati menawarkan VR360 sebagai peluang eksklusif buat rakyat Malaysia menikmati pengalaman bersejarah dalam negara dengan lebih dekat dan berinteraktif.

Tinggalkan komentar