Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mula menayangkan perlawanan ASEAN Football Federation (AFF) Mitsubishi Cup 2022 pada malam ini. Pengumuman tersebut dibuat dalam beberapa jam yang lalu menjelang perlawanan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Sebelum ini, peminat di Malaysia hanya dapat menonton kejohanan bola sepak peringkat Asia Tenggara edisi ke-14 menerusi Astro. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, peminat-peminat bola sepak tempatan telah meminta RTM menayang kejohanan tersebut sambil turut disokong oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Menerusi RTM, peminat bakal menikmati 10 perlawanan AFF Mitsubishi Cup di dua saluran iaitu TV2 dan Sukan RTM. Dalam pada masa yang sama, perlawanan-perlawanan ini juga akan disiarkan di dalam platform penstriman RTMKlik.
Saksikan perlawanan Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di antara VIETNAM LAWAN MALAYSIA malam ini 27.12.2022 pukul 8.45 malam di @tv2 dan @sukantvrtm @rtm_malaysia . Selamat menonton! pic.twitter.com/EiDSgrTPUK
— Saluran Okey (@tv_okey) December 27, 2022
Pun begitu, siaran perlawanan bola sepak percuma di RTM ini ditayangkan lewat 15 minit dari sepak mula kerana terpaksa perlu mematuhi kontrak penyiaran jika ingin menayangkan secara percuma.
Skuad Harimau Malaysia telah memulakan kempen kejohanan ini dengan cemerlang apabila mencatatkan kemenangan demi kemenangan. Perlawanan pertama menentang Myanmar pada 21 Disember lalu telah menyaksikan Malaysia beroleh kemenangan dengan rekod 0-1. Langkah kecemerlangan ini diteruskan lagi dengan menumpaskan Laos 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil tiga hari yang lalu.

Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan masing-masing yang bakal melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Setiap kumpulan mempunyai lima buah pasukan dan Harimau Malaya masih lagi belum di kedudukan yang selesa jika ingin melangkah ke peringkat seterusnya.