Utama Mobile Redmi Note 9 128GB kini berharga RM699

Redmi Note 9 128GB kini berharga RM699

803
0

Xiaomi mengumumkan pengurangan harga bagi siri Redmi Note 9 variasi RAM 4GB dan storan 128GB. Telefon pintar ini menampilkan paparan berskrin luas bersama-sama tetapan kuad-kamera dan bateri berkapasiti 5,020mAh.

Model Redmi Note 9 RAM 4GB + storan 128GB yang pada asalnya dijual pada harga RM749 kini dijual pada harga RM699 bermula sejak semalam. Anda boleh memesan secara terus dari gedung rasmi Xiaomi di Lazada.

Bagi model RAM 3GB + storan 64GB, harga yang ditawarkan masih lagi kekal sama iaitu RM649. Bagaimanapun, model berkenaan dilihat sudah kehabisan stok di gedung dalam talian rasmi Xiaomi di Lazada.

Antara siri Redmi Note 9, model ini merupakan yang paling mampu milik memandangkan ianya menggunakan cipset MediaTek Helio G85, berbanding Snapdragon 720G yang digunakan oleh Redmi Note 9S.

Menurut Xiaomi, Helio G85 menawarkan kuasa pemprosesan 22% dan kuasa grafik 32% lebih baik berbanding cipset Snapdragon 665 yang digunakan oleh Redmi Note 8. Bagi kameranya pula, peranti ini menawarkan tetapan kamera kuad yang mengandungi lensa 48MP, lensa ultra luas 8MP, lensa makro 2MP dan lensa berkedalaman 2MP. Untuk swafoto pula, telefon ini menyediakan sebuah lensa 13MP yang ditempatkan pada takuk di sebelah paparan hadapannya.

Telefon ini juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm bersama-sama penderia infra merah. Tidak ketinggalan, sebuah pengimbas cap jari turut ditempatkan pada sebelah belakangnya bagi tujuan peningkatan tahap keselamatan biometrik. Bersama-samanya juga, disertakan bateri berkapasiti 5,040mAh yang boleh dicaskan melalui sambungan USB-C dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 18W.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.