Home Mobile Aplikasi Penggunaan MySejahtera akan diwajibkan di semua Premis Perniagaan

Penggunaan MySejahtera akan diwajibkan di semua Premis Perniagaan

34
0

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini telah mengumumkan seluruh premis komersial diwajibkan menggunakan MySejahtera sebagai platform penjejakan kontak COVID-19. Pewartaan mewajibkan penggunaan aplikasi ini akan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dalam masa yang terdekat ini.

Menurut beliau, “Ini bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis.

Premis-premis bagaimanapun masih lagi dibenarkan untuk menggunakan aplikasi-aplikasi lain sebagai tambahan kepada platform penjejakan kontak MySejahtera. Ini kerana platform seperti SELangkah pada ketika ini telah digunakan secara meluas di seluruh Selangor.

Pengecualian peraturan ini dikecualikan bagi premis-premis perniagaan di pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar yang mempunyai masalah sambungan internet.

“Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada premis di luar bandar yang tidak mempunyai liputan Internet stabil,” tambah beliau lagi.

Penggunaan penjejakan kontak secara manual iaitu secara tulisan tangan masih lagi dibenarkan di kawasan-kawasan tersebut.

Terdahulu, kerajaan telah menggalakkan penggunaan aplikasi penjejakan kontak MySejahtera dengan menetapkannya sebagai antara syarat untuk menebus kredit e-dompet RM50 percuma melalui inisiatif ePENJANA. Aplikasi boleh dimuat turun menerusi Google PlayHuawei AppGallery, dan iOS App Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.