Utama Android Xiaomi Redmi Smart Band Pro dilancarkan; Hadir dengan Paparan AMOLED, Bateri tahan 14...

Redmi Smart Band Pro dilancarkan; Hadir dengan Paparan AMOLED, Bateri tahan 14 hari

339
0

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Smart Band Pro, jam tangan pintar baharu dari pengeluar dari China berkenaan. Jam tangan pintar ini disasarkan kepada pengguna yang mementingkan soal kecergasan diri.

Redmi Smart Band Pro menampilkan paparan AMOLED 194×368 1.47-inci. Ia juga dilindungi oleh lapisan kaca terbaja 2.5D dengan kadar kecerahan maksima 450nits.

Untuk badan jam tangan pintar ini, ia menggunakan sejenis plastik yang dikenali sebagai polycaprolactam dan diperkasakan oleh gentian kaca. Tali gegelangnya pula diperbuat dari bahan TPU. Terdapat lebih dari 50 jenis muka jam yang boleh dipilih bagi jam tangan pintar yang mempunyai kerintangan air berkedalaman sehingga 50 meter.

Redmi Smart Band Pro dilengkapkan dengan pelbagai jenis sensor merangkumi:

  • accelerometer
  • giroskop
  • sensor optikal untuk pemantauan kadar nadi dan paras oksigen dalam darah
  • sensor cahaya untuk kawalan pencahayaan paparan pada waktu siang

Seperti mana jam tangan pintar lain, ia juga menawarkan fungsi pengesanan pola tidur dan juga penjejakan kitaran haid. Bagaimanapun, Redmi Smart Band Pro tidak mempunyai GPS terbina dalam dan anda perlu membawakan telefon pintar bersama untuk rekod log larian anda.

Selain dari mod larian, Redmi Smart Band Pro juga menawarkan 110 mod rutin senaman untuk anda pilih. Jam tangan pintar ini juga berkeupayaan mengesan sama ada anda berlari di atas treadmill atau di luar rumah.

Penyegerakan data Redmi Smart Band Pro

Anda juga boleh memilih melakukan penyegerakan data dengan aplikasi kecergasan lain selain Xiaomi Wear App, seperti Strava dan Apple Health.

Jam tangan pintar ini juga mempunyai bateri berkapasiti 200mAh. Ia boleh dicaskan menggunakan kabel pengecas bermagnet yang disertakan bersama-sama pembeliannya.

Menurut Xiaomi, Redmi Smart Band Pro mampu bertahan sehingga 14 hari bagi penggunaan biasa. Ia juga boleh bertahan sehingga 20 hari bagi penggunaan mod penjimatan tenaga. Apabila anda menyambungkan telefon anda melalui Bluetooth 5.0, jam tangan ini boleh, mengawal main semula muzik, mencari telefon anda, dan menunjukkan notifikasi

Xiaomi masih belum mendedahkan harga dan tarikh kemasukannya ke pasaran setakat ini. Berkemungkinan harganya lebih tinggi berbanding Mi Smart Band 6 yang kini ditawarkan pada RM189 di Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.