Utama Android Nubia nubia Flip 5G tiba di Malaysia dengan Harga RM3,999

nubia Flip 5G tiba di Malaysia dengan Harga RM3,999

39
0

nubia telah mengumumkan kehadiran telefon pintar boleh lipat berbentuk cengkerang pertamanya, nubia Flip 5G ke pasaran Malaysia. Mula dijual pada minggu hadapan, telefon pintar ini disasarkan akan menjadi telefon pintar kedua paling murah di pasaran tempatan selepas Tecno Phantom V Flip.

Menampilkan paparan dalaman OLED 6.9-inci denga kadar penyegaran semula 120Hz, nubia Flip 5G turut mempunyai skrin OLED di bahagian luarnya yang berbentuk bulatan bersaiz 1.43-inci. Di dalam gelung skrin berkenaan juga menempatkan kamera-kamera untuk telefon pintar tersebut.

Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Dari segi perisiannya, telefon pintar ini menggunakan antaramuka MyOS 13 berasaskan Android 13.

Fotografinya, telefon pintar boleh lipat ini mempunyai kamera utama 50MP dan kamera berkedalaman 2MP di dalam skrin berbentuk bulatnya. Di bahagian skrin dalamannya pula terdapat sebuah kamera 16MP. Melalui bateri berkapasiti 4,310mAh dengan sokongan pengecasan 33W, telefon pintar ini juga menyokong ketersambungan 5G, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2.

nubia Flip 5G dijual pada harga RM3,999 di Malaysia dengan dua pilihan warna bermula 15 April ini di Lazada. Bagi anda yang membuat pembelian di antara 15 hingga 17 April ini, anda berpeluang membuat pembelian pada harga diskaun RM2,499. Pembelian pada tarikh 18 April sehingga 15 Mei 2024 bersempena promosi jualan pertamanya pula bakal berpeluang mendapatkannya pada harga RM2,899.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.