Utama Mobile Android Redmi Note 9 & Note 9 Pro akan hadir ke Malaysia pertengahan...

Redmi Note 9 & Note 9 Pro akan hadir ke Malaysia pertengahan Mei

697
0

Beberapa hari yang lepas, Mi Note 10 Lite telah dilancarkan menerusi penstriman langsung di Youtube. Pelancaran tersebut turut memperkenalkan Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro serta Mi Smart Standing Fan C1, sebuah kipas berdiri pintar keluaran Xiaomi.

Kesemua peranti terbaru keluaran Xiaomi ini bakal memasuki ke pasaran Malaysia sekitar pertengahan Mei ini.

Xiaomi Redmi Note 9 Pro hadir dengan paparan 6.67-inci Full HD+, cipset Qualcomm Snapdragon 720G, dan bateri 5020mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Untuk kamera belakangnya pula, ia menawarkan kombo kuad-kamera 64MP (utama) + 8MP bersudut ultra luas + 5MP makro + 2MP berkedalaman. Manakala kamera hadapannya menawarkan sebuah lensa 16MP. Ianya hadir dengan konfigurasi 6GB + 64GB dan 6GB + 128GB yang dijual pada harga masing-masing US$269 (~RM1156) dan US$299 (~RM1285).

Sebuah lagi telefon pintar, Redmi Note 9 hadir dengan paparan 6.53-inci Full HD+, bersama-sama cipset MediaTek Helio G85 dan bateri 5020mAh. Ianya hanya menyokong pengecasan pantas 18W. Untuk kameranya pula, ia menawarkan kombo kuad-kamera 48MP (utama) + ultra luas 8MP + makro 2MP  + berkedalaman 2MP. Kamera hadapannya menyediakan sebuah lensa 13MP. Juga sama dengan dua konfigurasi, pilihan 3GB + 64GB dijual dengan harga US$199 (~RM855). Manakala pilihan 4GB + 128GB pula, dijual dengan harga US$249 (~RM1071).

Tidak ketinggalan, kipas berdiri Xiaomi Mi Smart Standing Fan 1C yang turut diperkenalkan di dalam majlis yang sama. Kipas ini hadir dengan ciri uniknya iaitu tahap ketinggiannya yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna. Ia juga boleh dikawal menerusi aplikasi Mi Hoe dan boleh diserasikan dengan Google Assistant. Harga jualan bagi kipas berdiri ini adalah EUR39.90 (~RM188).

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, Xiaomi Malaysia telah mengumumkakn kesemuanya bakal hadir ke pasaran tempatan sekitar Mei ini. Namun, harga bagi pasaran tempatan masih lagi diumumkan lagi setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.