Utama Mobile Android Redmi Note 7 dilancarkan secara rasminya, hadir dengan lensa kamera utama 48MP...

Redmi Note 7 dilancarkan secara rasminya, hadir dengan lensa kamera utama 48MP Qualcomm Snapdragon 660

836
0

Sebagaimana yang dijanjikan, Redmi yang kini merupakan sub-jenama di bawah Xiaomi telah mendedahkan peranti pertamanya, Redmi Note 7. Kehadiran peranti ini turut menjadi penanda aras sebagai telefon pintar pertama keluaran Xiaomi yang dilengkapi dengan lensa kamera utama 48MP.

Lensa 48MP yang digunakan ini merupakan penderia Samsung ISOCELL GM1 yang telah diumumkan pada Oktober tahun lalu. Ini tidak bermakna Xiaomi telah beralih arah dari Sony ke Samsung kerana model Redmi Note 7 Pro menggunakan penderia 48MP Sony IMX 586.

Pada masa yang sama, kamera utama telefon pintar ini bukan sekadar menawarkan lensa 48MP f/1.8. Ianya turut disokong oleh lensa sekunder 5MP. Tidak ketinggalan, telefon pintar ini juga menyediakan kamera swafoto 13MP yang ditempatkan pada takuk atas paparannya yang berspesifikasi Full HD+ LTPS 6.3 inci.

Dari sudut kuasa pemprosesan, Redmi Note 7 dilengkapi dengan chipset Qualcomm Snapdragon 660 dengan pilihan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 64GB. Didatangkan dengan labuhan USB Type-C dan bateri berkapasiti 4000mAh, telefon pintar model terbaru ini turut menyokong fungsi pengecasan pantas Quick Charge 4.0.

Untuk harga jualannya, telefon pintar ini bakal dijual pada harga CNY 900 (lebih kurang RM603) bagi model 3GB/32GB. Manakala 4GB/64GB dan 6GB/64GB pula harga jualannya masing-masing adalah CNY 1199 (~RM 724 ) dan CNY 1399 (~RM 845). Setakat ini masih lagi belum ada sebarang khabar berita berkenaan tarikh keberadaan dan harga Redmi Note 7 untuk pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi China

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.