Utama Android Samsung Nikmati Prestasi Maksimum pada Skrin Besar dengan Samsung Galaxy Tab S8

Nikmati Prestasi Maksimum pada Skrin Besar dengan Samsung Galaxy Tab S8

777
0

Kecekapan laptop dalam produktiviti sememangnya tidak dapat dinafikan, namun saiznya agak besar mungkin menyukarkan untuk dibawa ke mana-mana. Telefon pintar pula walaupun lebih mudah untuk dibawa ke hulu ke hilir, ia tidak mampu menawarkan paparan dan penggunaan yang selesa seperti penggunaan laptop.

Untuk itu, tiada peranti alternatif lain yang menawarkan produktiviti dan mobiliti sebaik sebuah tablet yang menyertakan kefungsian sesebuah laptop.

Memperkenalkan siri Samsung Galaxy Tab S8, hab hiburan dan kerja anda yang lengkap dalam bentuk tablet yang kompak. Dari mencernakan daya kreativiti nota anda hinggalah menyelami rancangan penstriman kegemaran anda, anda mungkin terkesima dengan apa yang ditawarkan oleh tablet terbaru keluaran Samsung ini.

Nikmat prestasi seakan sebuah PC di mana jua anda berada

Kita semua gemarkan penggunaan laptop dan PC bagi tujuan produktiviti, namun keselesaan kawalan menggunakan skrin sesentuh tablet memang tiada tolok bandingnya. Samsung Galaxy Tab S8 bukan sekadar tablet yang hebat, malah merupakan salah satu alternatif terbaik kepada sebuah laptop.

Bersama-sama Book Cover Keyboard & Samsung DeX Mode, anda boleh menikmati Samsung Galaxy Tab S8 sama seperti sebuah PC mudah alih. Malah, dengan sokongan paparan skrin sesentuh juga!

Melalui ciri seperti App Window Control dan Convenience Taskbar, anda boleh membuka aplikasi-aplikasi dengan lancar dan melaraskan ketelusan aplikasi dan tetingkap mengikut keseuaian anda. Selain itu, pilihan tetapan tetikus dan kebolehgunaan papan kekunci dipertingkatkan turut disertakan bersama-sama Samsung DeX Mode.

Anda kini boleh menyiapkan tugasan di mana-mana sahaja tanpa perlu mengusung laptop anda ke sana ke mari. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah Samsung Galaxy Tab S8 dan segalanya ditanggung beres!

Bermain ‘game’ dan Menonton Filem dengan penuh Imersif

Buat anda yang ingin mengikuti konsert secara dalam talian mahupun menikmati tontonan Netflix secara berterusan ketika di rumah, Samsung Galaxy Tab S8 mampu memuaskan citarasa hiburan anda.

Anda tidak perlu lagi menjegilkan biji mata untuk menonton pada skrin yang kecil kerana mata anda sendiri akan terbeliak apabila menonton pada skrin besar Samsung Galaxy Tab S8 ini.

Tambahan pula jika anda menggunakan Samsung Galaxy Tab S8 Ultra yang menawarkan skrin paparan yang paling besar pernah ditawarkan pada Galaxy Tab S setakat ini. Pastinya, tontonan anda akan menjadi lebih puas dengan skrin sebesar 14.6-inci pada tablet ini.

Bersama-sama empat buah pembesar suara berkualiti bunyi sinematik, anda kini boleh menyelami dunia permainan mudah alih atau filem dengan penuh kenikmatan.

Terokai fungsi Samsung Notes serba baharu

Mengambil nota bukanlah sesuatu yang membosankan!

Sebagai salah satu bahagian penting bagi mana-mana siri Samsung Galaxy Tab S, S Pen wajib ada untuk membincangkan mengenai soal menulis nota.

Kali ini S Pen hadir dengan rekaan semula baharu yang memberikan pengalaman menulis di atas tablet saling tidak tumpah seperti anda menulis menggunakan pen dan kertas. Dari menulis rutin harian anda hinggalah ke melukis pemandangan indah, S Pen menyediakan anda pengalaman yang lebih lancar melalui kadar kependaman dan kelajuan yang dipertingkatkan.

Melalui aplikasi Samsung Note, anda mampu menerokai daya kreativiti anda sambil anda menulis nota! Pelbagai fungsi ditawarkan di dalam aplikasi ini merangkumi tajuk dan tag automatik, penanda buku audio, dan banyak lagi untuk membantu anda membuat nota dengan mudah. Bersama-sama Split View Mode & Divisible Pages, anda boleh menelaah ilmu di mana-mana sahaja dan menyiapkan kerja dengan cemerlang di mana jua tanpa mengira masa.

Asah kreativiti anda dengan Clip Studio Paint dan Luma Fusion

S Pen bukan sekadar digunakan untuk menulis pada Samsung Galaxy Tab S8. Sama ada anda ingin mengembangkan bakat melukis dan mewarna atau menyunting video, tablet ini mampu menyediakan segalanya.

Melalui percubaan percuma selama enam bulan, Clip Studio Paint yang dimuatkan ke dalam tablet ini membolehkan anda meneroka lebih dari 50,000 jenis pen dan berus digital untuk memudahkan anda berkarya.

Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy Tab S8 turut menyediakan Companion Mode yang membolehkan anda menyegerakkan peranti Samsung anda untuk menjadikan telefon anda sebagai palet warna digital.

Anda tidak minat menjadi pelukis? Takpe, ketiga-tiga tablet ini turut didatangkan bersama-sama Luma Fusion, aplikasi suntingan video premium yang akan hadir ke Android pada suku tahun kedua 2022. Ia hadir dengan pelbagai video tutorial untuk pengguna yang baru belajar di mana anda boleh menggunakannya untuk menghasilkan video berkualiti untuk dimuat naik sama ada di YouTube, TikTok atau di Reels Instagram.

Promosi Samsung Galaxy Tab S8

Bermula dari sekarang sehingga 31 Mac ini, anda yang mendapatkan Samsung Galaxy Tab S8 boleh menebus hadiah percuma bernilai RM1,887! Bagi anda yang mendapatkan Galaxy Tab S8, S8 Plus atau S8 Ultra sebelum hujung Mac ini, anda akan menerima Book Cover Keyboard & S Pen bernilai sehingga RM1,738, satu Neoprene Pouch percuma bernilai RM149 dan juga potongan 30% bagi pelan perlindungan Samsung Care+ selama 1 tahun bernilai RM330.

Untuk maklumat lanjut Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, layari laman web Samsung Malaysia di pautan berikut: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-s/galaxy-tab-s8-ultra-wifi-graphite-256gb-sm-x900nzajxme/

Untuk mengetahu mengenai promosi ini, kunjungi: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-s8-launch/

Atau anda boleh berkunjung di kedai-kedai Samsung dan wakil pengedarnya yang sah berhampiran anda hari ini!

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.