Utama Mobile Android Realme XT dilancarkan di India; hadir dengan Kuad-Kamera 64MP, RAM 8GB

Realme XT dilancarkan di India; hadir dengan Kuad-Kamera 64MP, RAM 8GB

796
0

Realme baru-baru ini telah mengumumkan telefon pintar dengan kamera 64MP pertamanya, Realme XT. Diberikan nama jolokan “Quad Camera Xpert”, Realme XT bukan sekadar telefon pintar Realme pertama yang didatangkan dengan kamera 64MP, bahkan ianya yang pertama seumpamanya di dunia.

Realme XT (XperT) menawarkan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan nisbah skrin ke kerangka 91.9% bersama-sama takuk berbentuk titisan embun pagi di atasnya. Turut disertakan pengimbas cap jari terbina dalam paparannya yang didakwa memiliki respon yang lebih pantas berbanding pengimbas berbentuk fizikal.

Telefon pintar ini turut didatangkan bersama pembesar suara superlinear dengan Dolby Atmos dan Smart Power Amplifier.

Di dalamnya, Realme XT menggunakan cipset Snapdragon 712 AIE bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Sistem operasinya menggunakan ColorOS 6 yang berasaskan Android 9 Pie, serta bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 yang memerlukan tempoh hanya 80 minit sahaja untuk memenuhkannya dari paras sifar.

Tidak ketinggalan, tarikan utama telefon pintar ini iaitu kamera utamanya 64MP. Kamera utamanya ini turut disokong di sisinya lensa ultra-lebar 8MP, sebuah lensa potret 2MP dan lensa makro 2MP. Di hadapannya untuk kamera swafoto menampilkan sebuah lensa 16MP f/2.0 dengan penderia Sony IMX471.

Realme XT boleh didapati dengan pilihan warna Pearl Blue dan Pearl White pada harga dari ₹15,999 (RM938,75) hingga ₹18,999 (RM1,114.78).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.