Utama Mobile Android Realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia 2 Disember ini

Realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia 2 Disember ini

1061
0

Realme tidak lama lagi akan membawakan Realme X2 Pro ke pasaran tempatan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook rasmi Realme, tarikh pelancarannya telah ditetapkan jatuh pada 2 Disember 2019.

Secara keseluruhannya, telefon pintar keluaran terbaru ini menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus, bersama-sama tiga pilihan konfigurasi RAM dan storan dalaman dengan tawaran spesifikasi tertingginya pada 12GB + 256GB.

Untuk kameranya, X2 Pro didatangkan dengan tetapan kuad-kamera untuk kamera utamanya yang terdiri daripada lensa utama 64MP, lensa telefoto 2x 13MP, kamera 8MP bersudut luas 115-darjah dan kamera lensa kedalaman 2MP.

Terdahulu, Realme telah melancarkan Realme X2 Pro untuk pasaran China dengan harganya ditawarkan mengikut jenis spesifikasi masing-masing, iaitu: 6GB + 64GB pada harga CNY2699 (~RM1598), manakala variasi 8GB + 128GB dan 12GB + 256GB pula masing-masing ditetapkan pada harga CNY2899 (~RM1717) dan CNY3299 (~RM1954).

Sumber berita diperoleh dari Facebook Realme

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.