Utama Teknologi realme umumkan Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A

realme umumkan Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A

128
0

realme telah mengumumkan dua buah lagi peranti ke dalam siri telefon Narzo keluaran terbarunya iaitu Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A.

Kedua-dua telefon berkenaan telah dilancarkan di pasaran terbesarnya pada masa ini, India.

Narzo 30 Pro 5G merupakan model pertama dari siri ini yang berkeupayaan 5G. Selain itu, ia mempunyai paparan 6.5-inci Full HD+ 120Hz dengan kadar pensampelan sentuhan 180Hz. Di dalamnya, ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 800U dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Untuk kameranya, telefon ini menempatkan tetapan tri-kamera di belakangnya – 48MP utama + 8MP lensa lebar + 2MP makro. Di hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.

Bagi Narzo 30A pula, ia menawarkan paparan HD+ bersama-sama cipset MediaTek Helio G85. Tumpuan utama pada telefon ini pastinya terhadap baterinya yang berkapasiti 6,000mAh.

Tidak banyak maklumat yang dikongsikan mengenai kamera belakangnya yang menyediakan tetapan tri-kamera. Namun, hanya dua sahaja yang dikongsikan iaitu 13MP untuk kamera utama dan sebuah lagi kamera monokrom. Untuk hadapannya pula ia menempatkan sebuah kamera 8MP.

Kedua-dua model telefon pintar ini boleh didapati dengan dua pilihan RAM dan storan. Untuk realme Narzo 30 Pro 5G, variasi 6GB + 64GBdijual pada harga INR16999 (~RM948). Manakala untuk variasi 8GB + 128GB pula, harganya adalah INR19999 (~RM1116).

Untuk Narzo 30A pula, variasi 3GB + 32GB dijual pada harga INR8999 (~RM502), dan untuk 4GB + 64GB pula, berharga INR9999 (~RM558).

Setakat ini realme Malaysia masih lagi belum mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan telefon pintar keluaran terbarunya ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.