Utama Android Realme realme C67 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari 2024

realme C67 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari 2024

124
0

Baru-baru ini realme telah mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar realme C67 ke pasaran Malaysia. Telefon pintar ini pada asalnya telah dilancarkan ke pasaran India dalam bulan ini sebelum menemui pengguna pasaran tempatan tidak lama lagi.

Pun begitu, realme C67 yang akan dilancarkan di Malaysia kelak akan mempunyai sedikit perbezaan. Jika di India ruangan pada kamera hadapannya berbentuk bulat, di Malaysia pula ruangan tersebut berbentuk segiempat tepat bujur. Malah, kamera hadapannya ini juga mempunyai piksel yang lebih tinggi iaitu 108MP.

Iklan acah yang dikongsikan juga menunjukkan realme C67 versi Malaysia ini juga akan menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon. Ia berbeza dengan versi yang dilancarkan di pasaran India yang menggunakan MediaTek Dimensity 6100 Plus.

Tidak dapat dipastikan jika terdapat perbezaan-perbezaan lain untuk realme C67 versi Malaysia kelak. Harga dan juga maklumat-maklumat lain dijangka akan diketahui tidak lama lagi apabila pelancarannya akan diadakan pada 4 Januari 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.