Realme merancang untuk melancarkan telefon pintar terbarunya, Realme C3 di India pada 6 Februari 2020. Spesifikasinya bagaimanapun, telah hadir lebih awal dari tarikh pelancarannya.
Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, Realme C3 akan hadir dengan cipset MediaTek Helio G70 bersama-sama dua pilihan konfigurasi iaitu RAM 3GB + ROM 32GB dan RAM 4GB + ROM 64GB.
Menurut Realme, baterinya yang berkapasiti 5,000mAh mampu memainkan muzik atau video penstriman selama 20 jam. Serta mampu bertahan sehingga 10 jam jika digunakan untuk bermain permainan seperti PUBG.
Dari segi rekaan luarannya pula, telefon pintar ini menawarkan paparan berukuran 6.5-inci bersama-sama satu takuk bercorak titisan air di atasnya. Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai saiz resolusi paparannya.
Terdapat dua lensa ditempatkan pada kamera utamanya dengan lensa utama berkeupayaan 12MP. Bagaimanapun, ukuran piksel untuk lensa kedua serta lensa kamera hadapan masih belum diperoleh.
Secara keseluruhannya, spesifikasi lengkap Realme 3 ini masih lagi menjadi tanya memandangkan apa yang diperoleh setakat ini tidak lengkap. Memandangkan tarikh pelancarannya pun sudah dekat, mungkin kita akan mendapatkannya dalam masa yang terdekat ini.
Sumber berita diperoleh dari GSM Arena