Utama Android Realme Realme C21 dilancarkan di Malaysia; Harga RM499

Realme C21 dilancarkan di Malaysia; Harga RM499

1224
0

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar baharunya, Realme C21. Telefon pintar bajet ini dijual pada harga RM499 di pasaran tempatan.

Realme C21 menawarkan paparan HD+ 6.5-inci bernisbah aspek 20:9 dengan lekukan kecil di atas yang menempatkan kamera swafotonya. Menurut Realme, C21 telah menerima persijilan TUV Rheinland atas faktor kelasakan paparannya.

Siri telefon ini menggunakan cipset Helio G35, sama dengan hampir kebanyakan siri Realme C lain. Sebelum ini cipset ini turut digunakan pada Realme C11, Realme C12, Realme C15, dan Realme C20. Ia juga menawarkan RAM 3GB dan storan 32GB. Untuk penambahan storan, ia turut menyediakan slot kad mikroSD.

Pada hadapannya ditempatkan sebuah kamera swafoto 5MP untuk mengambil swafoto dan juga pangilan video. Belakangnya pula disediakan kamera dengan tetapan tri-kamera yang terdiri dari sebuah kamera utama 13MP dan sepasang kamera 2MP.

Telefon yang masih menyediakan bicu audio ini menggunakan sistem operasi Android 10. Realme C21 menggunakan bateri 5,000mAh dan hanya menyokong pengecasan 10W sahaja.

Selain itu, ia turut menawarkan sokongan dwi-SIM, 4G-VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, dan mikroUSB.

Realme C21 yang menawarkan pilihan warna hitam dan biru kini boleh didapati menerusi Lazada dan wakil jualan yang sah di seluruh Malaysia pada harga RM499.

Spesifikasi Realme C21

Prestasi

PemprosesanOcta-core (4×2.3 GHz Cortex-A53 & 4×1.8 GHz Cortex-A53)
CipsetMediaTek Helio G35 (12 nm)
GPUPowerVR GE8320
RAM & Storan32GB, 3GB RAM
Storan tambahanmikroSDXC (slot khas)
Sistem operasiAndroid 10, realme UI 1.0
BateriLi-Po 5000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan
Pengecasan 10W
Pengecasan berbalik

Skrin

Saiz paparan6.5 inci
720 x 1600 piksel
Jenis paparanIPS LCD

Kerangka

Ukuran165.2  x  76.4  x  8.9 mm
Berat190 g
Jenis kerangkaDepan kaca, belakang plastik, bingkai plastik
WarnaHitam, Biru

Ketersambungan

SIMDwi SIM (Nano-SIM, dwi bersedia)
Kelajuan dataHSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE
WifiWi-Fi 802.11 b/g/n, hotspot
Bluetooth5.0, A2DP, LE
NFCTiada
USBmikroUSB 2.0, USB On-The-Go

Penderia

PenderiaPengimbas cap jari (bahagian belakang), accelerometer, proksimiti, kompas
GPSAda, dengan A-GPS, GLONASS, BDS
RadioFM radio

Kamera & Video

Kamera belakangTri-kamera : 13MP (utama) + 2MP (telefoto) +2MP (monokrom)
Kamera depan5 MP, f/2.2, (lensa lebar), 1/5.0″, 1.12µm
Video1080p@30fps
Swafoto: 1080p@30fps
Ciri lainFlash LED, HDR, panorama
Swafoto: HDR, panorama

Audio

Pembesar suaraAda
Bicu audioAda
RadioFM radio

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.