Lebih kurang sebulan selepas diperkenalkan, Realme menampilkan sebuah lagi variasi Realme 6 ke pasaran Malaysia. Kali ini, variasi RAM 8GB boleh didapati seawal bulan depan.
Sebelum ini, Realme 6 di Malaysia hanya terdapat di dalam satu pilihan RAM iaitu 4GB. Variasi RAM 8GB ini masih lagi menawarkan storan yang sama 128GB dan juga cipset yang sama MediaTek Helio G90T serta paparan IPS Full HD 6.5-inch Full HD 90Hz.
Realme 6 menawarkan tetapan kuad-kamera untuk kamera belakangnya. Bersama-sama lensa 64MP sebagai lensa utama, kamera belakangnya turut digandingkan dengan lensa sudut ultra lebar 8MP, lensa potret 2MP dan lensa makro 2MP.
Telefon pintar ini juga menawarkan kamera swafoto berlensa 16MP. Melalui sokongan teknologi Flash Charge 30W, Realme 6 dengan bateri berkapasiti 4,300mAh mampu mencapai 55% kandungan bateri dalam tempoh 1 jam mengecas.
Realme 6 RAM 8GB dan storan dalaman 128GB ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Comet White dan Comet Blue. Ianya bakal dilancarkan ke Malaysia pada 2 Mei ini dengan harga RM1,199 melalui kedai rasminya di Lazada.