Utama Android Realme realme 12 Plus, Pro Plus kini rasmi, Harga bermula dari RM1,499

realme 12 Plus, Pro Plus kini rasmi, Harga bermula dari RM1,499

78
0

realme 12 Pro dan Pro Plus yang dibuka pra-tempahannya sejak awal bulan ini telah pun dilancarkan secara rasminya pada hari ini. Harga untuk pasaran di Malaysia juga diumumkan di dalam pelancaran tersebut.

Untuk realme 12 Pro Plus, telefon pintar ini menampilkan skrin Full HD+ 6.7-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong pengecasan sehingga 67W.

Tetapan kamera bagi telefon pintar ini merupakan antara yang mencuri tumpuan, menampilkan kamera utama 50MP, kamera berperiskop 64MP dengan zum optikal 3x, dan kamera bersudut lebar 8MP. Di hadapannya pula disediakan kamera 32MP.

Seterusnya untuk realme 12 Plus pula, ia hadir dengan skrin 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Berbeza dengan model Pro, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 7050. Baterinya pula adalah sama dari segi kapasiti dan sokongan pengecasan yang masing-masing 5,000mAh dan 67W. Kamera utamanya juga 50MP, namun tidak dinyatakan apakah jenis dua lagi kamera yang disediakan pada bahagian belakangnya.

realme 12 Plus hanya didatangkan dengan konfigurasi 12GB + 256GB pada harga RM1,499. Manakala realme 12 Pro Plus pula ia didatangkan dengan konfigurasi 8GB + 256GB dan 12GB + 512GB yang harganya pula masing-masing RM1,799 dan RM2,099.

Diskaun RM100 turut diberikan bagi pembelian realme 12 Pro Plus konfigurasi 8GB + 256GB sebelum 14 Mac 2024. Anda boleh mendapatkan siri realme 12 Plus ini menerusi kedai dalam talian rasmi realme di LazadaShopee dan TikTok bermula 1 Mac ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.