Utama Android Realme realme 11 5G, Pad 2 dan Buds Air 5 kini dilancarkan secara...

realme 11 5G, Pad 2 dan Buds Air 5 kini dilancarkan secara rasmi; Harga telefon RM1,199

66
0
realme 11 5G

realme 11 5G kini telah dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia semalam bersama-sama peranti tablet realme Pad 2 dan earbud realme Buds Air 5.

Telefon pintar ini menampilkan paparan skrin Full HD+ 6.72-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Untuk cipsetnya, ia menggunakan MediaTek Dimensity 6100 Plus dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan sehingga 67W berwayar. Ia juga menampilkan kamera utama 108MP dengan sokongan zum digital 3x dan kamera berkedalaman 2MP. Kamera hadapannya pula merupakan jenis 16MP.

realme 11 5G specificationsrealme 11 5G berharga dari RM1,199 dan mula dijual hari ini melalui wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Seterusnya, realme turut melancarkan tablet baharunya Pad 2 dan earbuds, realme Buds Air 5. Berbeza dengan telefon pintar yang baharu dilancarkannya, tidak banyak perubahan besar yang diperkenalkan pada kedua-dua peranti baharu ini.

Tablet realme Pad 2 didatangkan dengan paparan skrin LCD 11.5-inci bersama-sama kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 8,360mAh yang bersesuaian untuk sesebuah tablet dengan sokongan pengecasannya setakat 33W.realme Buds Air 5

Untuk realme Buds Air 5 pula, earbud TWS ini menampilkan pemacu 12.4mm, tiga tahap pembatalan hingar dan tempoh penggunaan bateri sehingga 38 jam. Ketersambungannya pula menyokong Bluetooth 5.3, serta untuk kerintangannya pula ia mempunyai IPX5. Harga realme Buds Air 5 dijual pada RM299.

Tablet realme Pad 2 pula didatangkan dalam dua konfigurasi iaitu 6GB + 128GB dan 8GB + 256GB. Harganya pula masing-masing RM1,299 dan RM1,499 dan mula dijual di pasaran Malaysia hari ini.realme Pad 2

Artikel sebelum iniARCTECH SAMBUT ULANG TAHUN KETIGA SEJAK IPO DENGAN VISI GLOBAL
Artikel seterusnyaTrina Solar umum pengeluaran besar-besaran modul siri Vertex N 700W+, menerajui industri menuju era PV 7.0
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.