realme Malaysia akan memperkenalkan realme 11 5G bersempena ulang tahunnya yang ke-5. Tarikh tersebut juga hampir dengan tarikh Hari Kebangsaan Malaysia iaitu pada 30 Ogos 2023, jam 12 tengahari.
Telefon pintar yang juga akan dilancarkan di pasaran India ini akan menampilkan kamera utama 108MP dengan pilihan warna hitam dan emas. Paparannya yang bersaiz 6.72 inci beresolusi FHD+ turut menyokong kadar penyegaran semula 120Hz.
realme 11 5G dijangka akan menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 6100+, bateri 5000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 67W dan dua pilihan konfigurasi memori. Berdasarkan desas-desus, realme mungkin menawarkan realme 11 5G dengan RAM 8GB bersama-sama pilihan storan 128GB dan 256GB .
Untuk anda berminat untuk mengikuti perkembangan terkini telefon pintar realme ini boleh mengikuti secara langsung saluran dalam talian rasmi realme Malaysia di Facebook, YouTube dan TikTok.