R00TK1T baru-baru ini mendakwa telah menceroboh rangkaian telekomunikasi Maxis di Kulim. Kumpulan penggodam berkenaan telah mengumumkan kegiatan pencerobohan mereka menerusi Telegram dengan turut menyatakan telah menutup semua sistem di dalam kawasan tersebut.
Menurut kenyataan di dalam saluran Telegram kumpulan terbabit:
“We’ve successfully infiltrated Kulim’s network, bypassed their feeble firewall, and plunged their system back into the dark ages. No more modern conveniences for them. It’s a taste of what’s to come if you continue to underestimate us.”
Sehingga artikel ini ditulis, R00TK1T mendakwa Maxis masih lagi belum memberikan maklumbalas berkenaan pencerobohan yang dilakukan oleh kumpulan penggodam itu. Semalam Maxis telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan Maxis mengambil maklum tentang laporan pencerobohan keselamatan dan telah menjalankan siasatan.
Kumpulan penggodam R00TK1T mendakwa pihaknya akan terus menutup fasiliti-fasiliti lain milik Maxis sehingga tuntutan dari kumpulan penggodam terbabit dipenuhi iaitu “mengeluarkan kenyataan umum yang mengandungi maklumat yang tepat dan telus.”