Utama Mobile Cipset keluaran terbaru Qualcomm kini menyokong kamera sehingga 192-Megapiksel

Cipset keluaran terbaru Qualcomm kini menyokong kamera sehingga 192-Megapiksel

908
0

Qualcomm baru-baru ini telah mengemaskinikan spesifikasi rasmi beberapa cipset mudah alih Snapdragon terbaru keluarannya. Kebanyakan cipset terbaru keluarannya ini berkeupayaan menyokong kamera sehingga 192-Megapiksel.

Maklumat ini pertama kali telah ditemukan oleh laman XDA Developers dan didapati ianya tidak dihebahkan secara besar-besaran oleh Qualcomm. Berikut adalah cipset-cipset Qualcomm Snapdragon yang berkeupayaan mengambil foto 192MP:

Bagi membolehkan cipset-cipset berkenaan mengambil foto pada kualiti tersebut, beberapa parameter perlu dipatuhi. Antara parameter tersebut tersebut termasuklah tidak menggunakan pengurang hingar berbilang-bingkai (multi-frame noise reduction, MFNR) dan memastikan pengatup sifar senjang (zero shutter lag). Secara ringkasnya, resolusi akan menjadi lebih baik apabila halangan-halangan pemprosesan ini dapat diatasi.

Pastinya, untuk mendapatkan imej dengan resolusi setinggi 192-Megapiksel ini, telefon-telefon pintar juga perlu memiliki penderia kamera 192-Megapiksel juga. Setakat ini masih tiada lagi telefon pintar komersil yang mempunyai penderia kamera pada resolusi berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, berdasarkan jadual spesifikasi tersebut, cipset bertaraf pertengahan Qualcomm Snapdragon 660, kini secara rasminya menyokong fotografi 48MP. Telefon pintar Redmi Note 7 merupakan antara telefon pintar yang menggunakan cipset keluaran Qualcomm tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.