Utama Teknologi GovTech Pusat Sains Negara tawarkan Tiket Percuma untuk Pengguna yang melengkapkan Modul Pembelajaran...

Pusat Sains Negara tawarkan Tiket Percuma untuk Pengguna yang melengkapkan Modul Pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’

99
0

Pusat Sains Negara kini sedang menawarkan tiket masuk percuma buat anda yang telah melengkapkan modul-modul di dalam inisiatif AI untuk Rakyat. Ia merupakan sebahagian daripada usaha menggalakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang memahami tentang teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI).

Inisiatif AI untuk Rakyat telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada awal tahun ini dengan usaha sama Intel pada awal tahun ini. Program pembelajaran kendiri ini disediakan bagi mempelajari asas-asas kecerdasan buatan secara percuma.

Untuk melengkapkan program pembelajaran kendiri tersebut, anda perlu menghabiskan dua modul yang ditawarkan iaitu Kesedaran AI (AI Aware) dan Hargai AI (AI Appreciate). Anda seterusnya akan diberikan lencana digital AI untuk Rakyat yang boleh dipaparkan bagi tujuan menebus tiket masuk percuma ke Pusat Sains Negara.

Anda boleh menebus tiket percuma ke Pusat Sains Negara melalui program AI untuk Rakyat bermula dari hari ini 1 April 2024 sehingga 31 Disember 2024. Tawaran tiket masuk percuma ini hanya untuk pengguna yang membuat kunjungan pertama kali sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.