Utama Android vivo Vivo Y03 kini di Malaysia pada harga RM399

Vivo Y03 kini di Malaysia pada harga RM399

43
0

vivo Malaysia telah membawa masuk telefon pintar peringkat pemula baharunya vivo Y03 ke pasaran tempatan. Telefon pintar berkenaan telah disenaraikan di dalam laman web rasminya dengan menawarkan dua pilihan warna hijau dan hitam.

Y03 dilengkapkan dengan paparan LCD 6.56-inci beresolusi 720p dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G85 dengan hanya konfigurasi RAM 4GB dan storan 128GB sahaja serta slot kad mikroSD. Untuk perlindungan, ia mempunyai penarafan kerintangan air dan debu IP54 dan rekaan permukaan belakang kalis calar.

Dari segi fotografinya pula, vivo Y03 menawarkan dwi-kamera dengan kamera utamanya mempunyai lensa 13MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP.

Telefon pintar berharga bajet ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 15W. Bateri berkenaan juga dikatakan mampu mengekalkan paras minimum kapasitinya sehingga 80% dalam tempoh selepas tiga tahun. Sokongan ketersambungan telefon pintar ini pula hadir dalam bentuk rangkaian 4G, Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 5.

vivo Y03 dijual pada harga mesra bajet RM399 dan boleh dibeli menerusi laman web rasmi vivo serta di platform jualan dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.