KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 – PUBG MOBILE berkolaborasi dengan ikon hip-hop Malaysia, Malique, Kidd Santhe dan Yonnyboii. Menerusi kempen “Suara Juara” (The Sound of Victory), para pemain kini boleh merasai pengalaman paling epik dalam setiap perlawanan.

Siri pek suara eksklusif ini merupakan susulan pelancaran lagu tema ulang tahun ke-8 permainan tersebut yang mendapat sambutan hangat.

Kempen “Suara Juara” membawa personaliti dan gaya unik Malique, Kidd Santhe dan Yonnyboii terus ke dalam medan pertempuran menerusi Infiniti Voice Pack yang baharu.

Menampilkan ketiga-tiga artis sebagai rakan sepasukan dengan peranan strategik berbeza, kempen ini menghidupkan tenaga dan identiti mereka dalam momen permainan yang mampu menaikkan semangat setiap perlawanan serta meraikan semangat untuk menjadi juara #1.

Tiga Artis Berpengaruh Bersatu

Kolaborasi ini turut meneruskan momentum daripada lagu tema khas ulang tahun ke-8, “Infiniti – Kita Up (With “PUBG MOBILE”)”, yang menyatukan tiga artis berpengaruh ini dalam meraikan komuniti PUBG MOBILE yang pelbagai dan penuh semangat.

Ashley Phuah, Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia, berkongsi mengenai kepentingan kolaborasi ini, “Dengan pelancaran pek suara baharu ‘Suara Juara’, kami mahu memberikan pemain cara yang lebih menarik dan ekspresif untuk meraikan setiap kemenangan dalam PUBG MOBILE.

Selepas menerima sambutan luar biasa terhadap kolaborasi lagu tema ulang tahun ke-8 kami, membawa kembali Malique, Kidd Santhe dan Yonnyboii merupakan langkah yang paling tepat.

Setiap artis membawa tenaga dan personaliti tersendiri ke dalam permainan, membolehkan pemain menaikkan semangat skuad mereka, meraikan kemenangan dan menikmati pengalaman di medan pertempuran bersama suara ikon kegemaran mereka. Kolaborasi ini meraikan keunikan individu, keyakinan diri dan semangat kemenangan yang menjadi identiti komuniti PUBG MOBILE,”

Kolaborasi ini juga mencerminkan hubungan PUBG MOBILE yang semakin kukuh dengan muzik tempatan dan budaya anak muda, dengan menggabungkan dunia permainan dan hiburan dalam cara yang cukup dekat dengan identiti rakyat Malaysia. Dengan mengintegrasikan suara dan personaliti yang dikenali ramai terus ke dalam pengalaman permainan, “Suara Juara” menawarkan pengalaman yang lebih imersif dan dekat di hati peminat, sama ada di dalam mahupun di luar medan pertempuran.

Voice Line Percuma

Bermula 22 Mei, para pemain boleh menyertai aksi untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dalam permainan. Dari 22 Mei hingga 1 Jun, tiga voice line kekal, satu daripada setiap rapper, boleh diperoleh secara percuma selepas melengkapkan misi tertentu dalam permainan.

Bagi pemain yang mahu benar-benar menguasai medan dengan gaya tersendiri, Infiniti Voice Pack (Advanced) menampilkan koleksi lengkap sebanyak 23 voice line eksklusif. Ini termasuk lapan voice line, masing-masing daripada Kidd Santhe dan Yonnyboi, serta tujuh voice line daripada Malique. Pek suara penuh ini akan tersedia untuk pembelian di stor dalam permainan bermula 22 Mei hingga 11 Jun.

Para pemain juga digalakkan untuk menyertai perbualan dan berkongsi detik kemenangan mereka menggunakan tanda pagar #SuaraJuaraPUBGM. Tonton semula video muzik “Infiniti – Kita Up (With “PUBG MOBILE”)” di saluran YouTube rasmi PUBG MOBILE Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari saluran rasmi PUBG MOBILE di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

Tinggalkan komentar