Utama Mobile Proton kini tawar Yes 4G Altitude dan 1 Tahun Data Percuma untuk...

Proton kini tawar Yes 4G Altitude dan 1 Tahun Data Percuma untuk Pelanggan Baru

902
0

Yes 4G dan Proton baru-baru ini telah mengumumkan setiap pembelian kereta Proton terbaru akan layak menerima telefon pintar Yes 4G Altitude secara percuma. Untuk tempoh yang terhad ini, pembeli juga layak menerima data percuma untuk tempoh selama setahun.

Data percuma yang ditawarkan bersama-sama telefon pintar berkenaan adalah pada 16GB sebulan. Pelan Proton Yes Altitude juga menawarkan panggilan dan SMS percuma on-net 4G secara percuma. Manakala untuk off-net pula, panggilan adalah pada kadar 9 sen per minit dan 9 sen untuk satu SMS.

Bagaimanapun, untuk pengguna yang baru mula menggunakan pakej ini dikehendaki untuk membuat isian semula tambah nilai untuk membuat panggilan dan SMS berikutan pakej yang ditawarkan ini adalah pakej prabayar.

Pada masa yang sama, Yes 4G turut menawarkan pemegang telefon untuk digunakan di dalam kereta supaya pengguna dapat menggunakan peranti percuma yang diberikan ini dengan selamat.

Sungguhpun tawaran ini diberikan kepada kesemua model-model keluaran Proton yang terbaru dari Saga Baru sehinggalah ke Ertiga, ia hanya untuk jenis Executive dan Premium pada setiap model-model baru berkenaan sahaja.

Untuk maklumat lanjut, hubungi di talian hotline YesCare dan Khidmat Pelanggan Proton. Atau, anda boleh mengunjungi pusat pameran Proton Edar yang berdekatan.

Sumber berita diperoleh dari Pandu Laju

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.