Utama Android Honor HONOR rangkul 36 Anugerah Media di IFA 2023

HONOR rangkul 36 Anugerah Media di IFA 2023

207
0
HONOR Wins 36 Media Awards at IFA 2023 Resize

KUALA LUMPUR – 5 September, 2023 Jenama teknologi global HONOR menayangkan telefon pintar lipat ke dalam, HONOR Magic V2 dan telefon pintar dengan konsep boleh lipat ke luar, HONOR V Purse yang baru sahaja diumumkan di IFA 2023 yang sedang berlangsung di Berlin, Jerman, membuka ruang dan kebebasan untuk bergaya dan ekspresi diri.

Beberapa media global terkemuka menamakan kedua-dua telefon pintar lipat ini sebagai “Terbaik IFA” tahun ini, membuktikan penciptaan yang inovatif serta konsep fizikal-digital (phygital) dan kelestarian HONOR dalam sektor telefon lipat berjaya mendapat pengiktirafan.

Tahun ini, HONOR menerima sejumlah 36 anugerah daripada media di IFA 2023. Android Headlines menobatkan HONOR V Purse “Terbaik IFA 2023” dan menyatakan “HONOR V Purse bukan hanya sekadar telefon, ia juga satu bentuk fesyen, dan pemula kata-kata.

Ini pastinya menjadi salah satu yang sangat menarik kami saksikan di IFA 2023.” GSMArena juga menyatakan tentang konsep rekaan HONOR V Purse bahawa “ini adalah peranti yang sangat maju…kami sentiasa menghargai syarikat yang berfikir di luar kotak.”

Selain itu, telefon lipat ke dalam paling ringan dan nipis HONOR Magic V2, ditayangkan HONOR pertama kali secara global, turut mendapat perhatian ramai.  TechRadar menganugerahkan HONOR Magic V2 “Terbaik IFA 2023” dan berkata: “Tidak semua peranti mampu menjadikan pesaing lain kelihatan ketinggalan saat anda memegangnya, tetapi Magic V2 berjaya menjadi telefon pintar lipat yang terbaik, dan berbaloi dinobat sebagai pemenang Anugerah IFA 2023.”

HONOR Magic V2 juga mendapat tempat dalam hati XDA-Developers sebagai Terbaik IFA 2023, terima kasih kepada inovasi yang dibawa masuk ke dalam pasaran telefon lipat. “Telefon pintar lipat paling nipis di dunia setakat ini — malah lebih nipis berbanding iPhone 14 Pro Max apabila dilipat — dan juga ringan.”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.