Utama Laptop PPAS tawarkan Pinjaman Komputer Desktop & Laptop Percuma sehingga 6 bulan

PPAS tawarkan Pinjaman Komputer Desktop & Laptop Percuma sehingga 6 bulan

399
0
PPAS Pinjaman Laptop Percuma Selangor

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mengumumkan tempoh peminjaman komputer desktop dan laptop telah dilanjutkan. Sebelum ini, tempoh maksimum peminjaman yang diberikan adalah sehingga tiga bulan dan kini, melalui pengumuman baharu ini tempohnya telah dilanjutkan kepada enam bulan.

Untuk makluman, Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) merupakan inisiatif dari kerajaan bagi membantu keluarga dari golongan B40 mendapatkan akses pembelajaran secara dalam talian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. Sebanyak 10 buah komputer desktop dan 10 buah laptop untuk dipinjamkan telah disediakan untuk setiap 50 buah perpustakaan di bawah PPAS.

Tempoh peminjaman, sebelum ini telah dilanjutkan kepada 90 hari pada awal tahun ini, dan pada minggu lepas, ia telah dilanjutkan kepada 180 hari. Hanya seorang individu atau satu isi rumah sahaja yang dibenarkan untuk membuat peminjaman tersebut dalam satu-satu masa dan dihadkan kepada golongan B40 yang berpendapatan di bawah RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.