Utama Android Realme realme C33 2023 dilancarkan; Kamera 50MP, Cipset Unisoc T612, berharga ~RM544

realme C33 2023 dilancarkan; Kamera 50MP, Cipset Unisoc T612, berharga ~RM544

685
0
Realme-C33-2023 India

realme pada hari ini telah melancarkan realme C33 versi tahun 2023 di India. Telefon pintar berharga bajet ini menggunakan pemprosesan Unisoc T612 bersama-sama RAM 4GB.

Menurut laman web rasmi realme India, realme C33 2023 menampilkan skrin LCD 6.5-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 88.7%, dan kadar penyegaran semula skrin 60Hz.

Pada bahagian takuk di sebelah hadapannya menempatkan kamera 5MP dengan di sebelah belakangnya tampil dengan kamera utama 50MP yang menyediakan sokongan AI. Sebuah lagi kamera pada bahagian belakangnnya ini bagaimanapun tidak dijelaskan spesifikasinya setakat ini.

Dari segi storan, realme C33 2023 menawarkan pilihan 64GB atau 128GB dengan sokongan storan luaran slot kad mikroSD sehingga 1TB. Laman web rasmi realme India juga menyatakan varian storan 32GB dan RAM 3GB, namun tidak disediakan sebagai pilihan untuk pembelian buat masa ini.realme C33 Specs

Selain itu, telefon pintar ini juga mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 10W melalui port mikro-USB. Turut disediakan sokongan Bluetooth 5.0, dwi-SIM, pengimbas cap jari di bahagian sisi, bicu audio 3.5mm, realme UI S Edition berasaskan Android 12.

Di India, realme C33 2023 ditawarkan dengan pilihan warna Sandy Gold, Aqua Blue atau Night Sea dengan harga Rs9999(~RM544) untuk konfigurasi 4/64GB dan Rs10499 (~RM571) untuk konfigurasi 4/128GB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.