Home Komputer Permainan Pokemon Unite, Permainan MOBA Pertama dari Siri ini sedang dibangunkan

Pokemon Unite, Permainan MOBA Pertama dari Siri ini sedang dibangunkan

6
0

Permainan komputer Pokemon telah banyak berubah sejak ia pertama kali diperkenalkan sebagai permainan bergenre RPG hinggalah ke permainan mudah alih berasaskan lokasi, Pokemon Go.

Kini, siri permainan ini dilaporkan sedang membangunkan Pokemon Unite yang berkonsepkan permainan MOBA.

Berdasarkan apa yang telah dipertontonkan oleh Pokemon Presents, Pokemon Unite secara asasnya merupakan permainan MOBA yang telah diringkaskan. Bagaimanapun terdapat beberapa ciri dan fungsi padanya yang membezakannya dengan permainan MOBA lain.

Salah satunya adalah ketiadaan menara pertahanan (tower) dan ianya digantikan dengan kawasan mendapatkan markah yang dinamakan sebagai Goals. Selain itu, turut diperkenalkan adalah mekanik unik evolusi watak Pokemon yang digunakan.

Pembangunnya, The Pokemon Company mengkategorikan Pokemon Unite sebagai permainan ‘free-to-start’ dan bukannya ‘free-to-play’.

Jika dilihat pada terma yang pernah digunapakai oleh Nintendo sebelum ini, terma ini berkemungkinan menjadikan permainan ini pada awalnya boleh dimainkan seperti versi demo. Konsep ini digunakan oleh permainan Super Mario Run yang memerlukan pengguna membayar untuk mendapatkan versi penuhnya.

Perkembangan ini pastinya mendatangkan tanda tanya pada sesetengah pihak terutamanya selepas Nintendo mengumumkan bakal mengurangkan tumpuan pada peranti mudah alih.

Permainan Pokemon Unite disasarkan boleh dimainkan pada Nintendo Switch, Android dan iOS. Memandangkan ianya masih lagi di dalam peringkat pembangunan, dijangkakan lebih banyak perubahan akan berlaku sehinggalah versi muktamadnya diterbitkan.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.