Laporan terkini dari Speedtest menyatakan kelajuan purata memuat turun bagi talian mudah alih di Malaysia telah mencatatkan penurunan. Pada Jun 2021, kadar kelajuan purata telah mencatatkan penurunan iaitu 26.03Mbps.
Kemerosotan sebanyak 1.49Mbps telah dicatatkan jika dibandingkan dengan kadar purata kelajuan memuat turun pada bulan Mei lalu yang dicatatkan sebanyak 27.52Mbps.
Dari segi kedudukan dengan negara-negara lain yang direkodkan, Malaysia telah menghuni di tangga ke-89. Turun tiga anak tangga jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya.
Untuk kadar purata kelajuan memuat naik bagi talian mudah alih di Malaysia pula, perbezaan yang direkodkan tidak begitu ketara antara bulan-bulan yang terdahulu. Pada bulan Jun, kelajuan purata yang dicatatkan adalah 10.35Mbps.