Xiaomi secara rasminya membawakan POCO M6 4G ke pasaran Malaysia, beberapa hari selepas ia diumumkan pada laman web globalnya. Telefon pintar ini merupakan Redmi 13 yang dijenamakan semula sebagai POCO.
POCO M6 4G menampilkan paparan LCD 6.79-inci LCD dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G91 bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB, bersama-sama slot kad mikroSD.
Untuk perlindungannya, telefon pintar ini dilengkapkan dengan Corning Gorilla Glass bersama-sama kerintangan air dan debu IP53.
POCO M6 4G menampilkan kamera utama 108MP, kamera makro 2MP, dan kamera hadapan 13MP. Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,030mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Dari segi perisiannya pula, ia didatangkan dengan HyperOS berasaskan Android 14.
Telefon pintar ini dijual pada harga RM699 untuk varian 6GB+128GB dan RM799 untuk varian 8GB+256GB. Ia boleh didapati bermula dari 13 Jun menerusi laman web rasmi Xiaomi Malaysia, kedai dalam talian Shopee dan Lazada. Bermula dari 13 Jun sehingga 19 Jun 2024, Xiaomi menawarkan promosi pembelian terawal pada harga masing-masing RM539 dan RM639.