Utama Android Poco POCO C65 dilancarkan di Malaysia secara rasmi, Hadir dengan Promosi Pembelian Terawal...

POCO C65 dilancarkan di Malaysia secara rasmi, Hadir dengan Promosi Pembelian Terawal pada harga dari RM449

193
0

Minggu lalu POCO telah mengacah telefon pintar model baharunya C65. Hari ini telefon pintar berkenaan secara rasminya telah pun diumumkan memasuki pasaran Malaysia.

Terdapat dua pilihan konfigurasi untuk telefon pintar ini iaitu:

  • POCO C65, RAM 6GB dan storan 128GB – RM499
  • POCO C65, RAM 8GB dan storan 256GB – RM599

Bagi pembeli yang berminat untuk mendapatkanya lebih awal, anda berpeluang menikmati harga jualan yang lebih rendah iaitu RM449 untuk varian RAM 6GB dan storan 128GB.

Manakala varian POCO C65 dengan RAM 8GB dan storan 256GB harganya adalah RM549. Kedua-duanya boleh didapati pada harga eksklusif tersebut di Shopee bermula dari sekarang sehingga 15 November 2023.

Dari segi spesifikasi, POCO C65 disahkan menggunakan MediaTek Helio G85 bersama-sama paparan 6.74-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

Untuk fotografinya pula, ia menampilkan kamera utama 50MP yang bergandingan dengan kamera makro 2MP. Di sebelah hadapannya pula disediakan kamera 8MP.

Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Ia juga hadir dengan slot kad mikroSD yang menyokong sehingga 1TB. Ketersambungan nirwayar telefon pintar ini juga menyokong NFC, namun tidak mempunyai sokongan 5G.

Bersempena pelancaran POCO C65, POCO Malaysia telah mengumumkan Jualan Mega POCO 11.11 pada 11 November 2023.

Pelbagai diskaun disediakan untuk produk-produk keluaran POCO di Shopee dan Lazada pada tarikh tersebut.

Model Harga asal Harga promosi 11.11
POCO F5 Pro (8GB+256GB) RM2,099.00 RM1,799.00
POCO F5 Pro (12GB+256GB) RM2,199.00 RM1,829.00
POCO F5 Pro (12GB+512GB) RM2,399.00 RM1,929.00
POCO F5 (8GB+256GB) RM1,699.00 RM1,339.00
POCO F5 (12GB+256GB) RM1,799.00 RM1,419.00
POCO X5 Pro 5G (6GB+128GB) RM1,299.00 RM1,059.00
POCO X5 Pro 5G (8GB+256GB) RM1,499.00 RM1,129.00
POCO X5 5G (6GB+128GB) RM1,099.00 RM769.00
POCO X5 5G (8GB+256GB) RM1,199.00 RM799.00
POCO F4 (6GB+128GB) RM1,599.00 RM949.00
POCO M5 (4GB+64GB) RM649.00 RM399.00
POCO M5 (6GB+128GB) RM799.00 RM449.00
POCO M5S (6GB+128GB) RM749.00 RM569.00
POCO M5S (8GB+256GB) RM999.00 RM589.00
POCO C40 (3GB+32GB) RM499.00 RM309.00
POCO C40 (4GB+64GB) RM599.00 RM329.00
POCO M4 5G (4GB+64GB) RM699.00 RM389.00
POCO M4 5G (6GB+128GB) RM899.00 RM479.00
POCO F4 GT (8GB+128GB) RM2,299.00 RM1,399.00
POCO Watch RM299.00 RM189.00

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.