Rentetan dari pelancaran siri Xiaomi 14 pada hujung Oktober baru-baru ini, pelancaran Xiaomi 14 Ultra mungkin akan tiba tidak lama lagi. Menurut pentiris maklumat yang agak terkenal di internet, Digital Chat Station, pelancaran Xiaomi 14 Ultra mungkin dibuat seawal Januari 2024.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikannya di Weibo, pelacaran telefon pintar berkenaan mungkin akan dilakukan di China pada suku pertama tahun 2024. Tambah maklumat tersebut lagi, telefon pintar tersebut juga mungkin akan dilengkapkan dengan sensor kamera baharu Sony LYT-900, yang kini masih lagi diperingkat pengujian.
Jika maklumat ini tepat, ia bakal menjadi telefon pintar Xiaomi Ultra pertama yang dilancarkan dalam tempoh suku pertama tahunan. Sebelum ini, Xiaomi 13 Ultra dilancarkan pada April tahun ini.
Apa pun, masih terlalu awal untuk mengesahkan mengenai kehadiran 14 Ultra pada tarikh tersebut selagi tiada kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut dari Xiaomi.