Utama Mobile Aplikasi Tag RFID TnG akan mula dijual 15 Feb ini; Berharga RM 35

Tag RFID TnG akan mula dijual 15 Feb ini; Berharga RM 35

796
0

Touch ‘n Go baru-baru ini telah mengumumkan tag RFID TnG akan dijual pada harga RM 35 bermula pada 15 Februari 2020. Ini bermakna, tempoh rintis sistem berkenaan akan tamat dan segala pemasangan baru atau penggantiannya akan dikenakan bayaran.

Program rintis RFID TnG telah dilaksanakan selama setahun setengah yang melibatkan sebilangan pengguna-pengguna yang menawarkan diri secara sukarela. Sejumlah 22 lebuhraya terlibat menyediakan pilihan pembayaran melalui teknologi ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Encik Syahrunizam Samsuddin:

“We have invested 1 million TNG RFID Tags for Malaysians to experience this technology during our public pilot programme these past 18 months. Now it is time for us to move forward and continue to expand the use of RFID technology together with our partners across the mobility ecosystem. This includes fuelling, parking, retail drive-throughs.”

Setakat ini Touch ‘n Go sedang mengoperasikan sejumlah 81 krew fitment mudah alih melibatkan 55 juta transaksi dengan lebih dari 1 juta telah dipasangkan dengan Tag RFID TnG. Pek pemasangan sendiri untuk pengguna dijangka hadir tidak berapa lama lagi.

Touch ‘n Go turut merancang memperluaskan lagi penggunaan teknologi RFID untuk pembayaran. Antaranya bayaran pesanan makanan secara pandu lalu, parkir dan juga untuk mengisi minyak di stesen minyak.

Dalam perkembangan berkaitan, Touch ‘n Go turut menawarkan kempen promosi dari 15 Februari 2020 hingga 15 April 2020. 40 pemenang bertuah bakal memiliki “Ultimate RFID Toll Pass”, bernilai RM2,500.

Berikut adalah senarai lebuhraya-lebuhraya yang menyokong sistem RFID di seluruh Malaysia:

  1. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  2. Besraya Expresswy (BESRAYA)
  3. Butterworth – Kulim Expressway (BKE)
  4. Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  5. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  6. Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  7. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  8. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  9. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB)
  10. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  11. Shah Alam Expressway (KESAS)
  12. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  13. Lebuhraya KL – Kuala Sleangor (LATAR)
  14. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  15. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) (Ampangan Plaza only)
  16. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
  17. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  18. Majhu Expressway (MEX)
  19. New Pantai Expressway (NPE)
  20. Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (Toll Plaza Mambau, Lukut, Kempas, Lima Kedai, Perling, Tanjung Kupang, Bangunan Sultan Iskandar, Jitra)
  21. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  22. SMART Highway
  23. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)

RFID turut boleh digunakan di seluruh plaza tol sistem terbuka lebuhraya PLUS dengan baki selebihnya dijangka bakal melaksanakannya pada April tahun ini.

Tag RFID merupakan sebuah cip terbenam berfrekuensi radio yang boleh dipasangkan sama ada pada lampu kereta atau cermin hadapan. Kelebihan menggunakan RFID termasuklah boleh membuat isian semula kredit melalui aplikasi eDompet Touch ‘n Go, isian semula automatik melalui kad debit atau kredit, selain ia juga tidak memerlukan penggunaan bateri seperti peranti Smart Tag.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi RFID TNG