Utama Android Samsung Temui gaya baharu mengambil foto dengan Flex Mode pada Samsung Galaxy Z...

Temui gaya baharu mengambil foto dengan Flex Mode pada Samsung Galaxy Z Flip 3 5G

728
0

Samsung Galaxy Z Flip 3 5G telah mentransformasikan rekaan bernostalgia, telefon clamshell ke era gemilang abad ke-2. Ia memaksimakan faktor bentuk uniknya dengan membawakan bersama gaya, kreativiti, dan kefungsian di dalam peranti boleh lipat moden.

Momen indah mampu dirakam dengan visual sempurna baik secara spontan atau dirancang dengan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G. Hasil dari kamera berkualiti studio dan ciri versatilnya, ia berkeupayaan tinggi dalam merakam kenangan anda dari sudut baharu dan menarik dengan lebih lancar.

Samsung Galaxy Z Flip 3 5G memperkenalkan pengalaman penggunaan kamera yang unik seperti Quick Shot yang membolehkan anda merakam gambar tanpa perlu membuka lipatan telefon anda. Menerusi mod Quick Shot ini, Cover Screen 1.9-inci pada luar Galaxy Z Flip 3 5G ini akan berperanan sebagai viewfinder dan menggunakan kamera belakangnya untuk mengambil gambar.

Cara menggunakan Flex Mode Samsung Galaxy Z Flip 3 5G

Selain itu,, anda juga boleh menggunakan kreativiti anda dalam mengambil foto dan video dengan memanfaatkan Flex Mode di dalam Galaxy Z Flip 3 5G. Caranya, lipatkan telefon anda dengan menegakkan skrin atau condongkan ke sudut yang bersesuaian untuk akan merakam atau mengambil gambar secara bebas-tangan tanpa mengganggu pergerakan anda.

Siang atau malam, Samsung Galaxy Z Flip 3 5G mampu menghasilkan foto yang mantap tanpa memerlukan alat pencahayaan sokongan tambahan. Apa yang anda pelu lakukan adalah dengan menghidupkan Night Mode pada kamera hadapan atau belakang, anda boleh mengambil foto dengan lebih jelas dalam apa jua keadaan kurang pencahayaan.

Segalanya terserah pada kreativiti anda!. Pilih fleksibiliti anda hari ini dengan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G mengubah gaya fotografi dan videografi anda selamanya!

Sehingga 31 Oktober 2021, pembelian Galaxy Z Flip 3 5G akan menerima e-baucar RM350 dan pelan perlindungan selama setahun Samsung Care+ bernilai RM699. Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G anda di Samsung Malaysia hari ini.

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.