Utama Mobile Aplikasi Kerajaan UK haramkan TikTok pada Telefon Kegunaan Rasmi Penjawat Awam

Kerajaan UK haramkan TikTok pada Telefon Kegunaan Rasmi Penjawat Awam

325
0
TikTok Haram di UK

Rentetan dari keputusan yang sama oleh kerajaan Amerika Syarikat, Kanada, Belgium dan Suruhanjaya Eropah, United Kingdom (UK) juga mengharamkan TikTok pada peranti-peranti kerajaan atas sebab-sebab keselamatan. Pengharaman ini berkuatkuasa serta-merta.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pejabat Kabiner Oliver Dowden berhubung perkara ini:

“Keselamatan maklumat-maklumat sulit kerajaan perlu diutamakan, dan hari ini, kita telah mengharamkan aplikasi tersebut pada peranti-peranti kerajaan. Penggunaan mana-mana aplikasi yang mengumpulkan data akan disemak dari semasa ke semasa,”

Kenyataan dari Oliver Dowden ini turut menyatakan aplikasi-aplikasi lain juga sedang disemak dan TikTok merupakan antara yang terawal disemak.

TikTok dikatakan mengumpulkan data-data pengguna di luar aplikasi terbabit dan mencetuskan kebimbangan di kalanga negara-negara Barat.

Pengharaman ini hanya melibatkan peranti-peranti kerajaan yang digunakan untuk tujuan kerja yang melibatkan maklumat-maklumat sulit. Penjawat awam bagaimanapun dibenarkan untuk memasang TikTok pada telefon pintar milik peribadi masing-masing.

Jurucakap TikTok menyatakan pihak syarikatnya akan berbincang dengan lebih lanjut dengan pihak kerajaan kerana berpandangan pengharaman ini berpunca dari “kebimbangan yang tidak berasas” dan “pengaruh geopolitik semasa yang tidak mempunyai kaitan antara pengguna TikTok dan di UK”.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.