Anda mungkin kadangkala berasa penat untuk memeriksa dokumen, membuka emel atau membaca mesej dari tempat kerja dan rakan-rakan anda.

Ada masanya anda berasa hilang punca apabila tugasan-tugasan anda datang bertalu-talu dari pelbagai peranti. Oleh itu, Samsung Galaxy Tab A7 Lite dapat membantu meringankan beban tugasan harian anda.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite memudahkan anda menyambung ke peranti-peranti anda yang lain ketika anda sedang memberikan tumpuan menyiapkan tugasan. Misalnya, anda boleh menjawab panggilan dan membalas mesej dari telefon anda secara terus pada tablet tanpa perlu melibatkan telefon anda tadi.

Anda juga boleh menjawab panggilan berkenaan melalui penggunaan Galaxy Buds yang akan menyambung ke telefon anda secara automatik jika menerima panggilan.

Selain itu, anda juga boleh melakukan penyegerakan antara peranti-peranti Galaxy anda bagi memudahkan anda melakukan salin dan tampal ke Galaxy Tab A7 Lite anda.

Anda juga boleh membuka tetapan hotspot dari telefon anda melalui tablet anda tanpa perlu mengambil telefon berkenaan untuk melakukannya.

Tugasan anda melalui Galaxy Tab A7 Lite ini juga menjadi lebih mudah melalui fungsi One Hand Operation+. Fungsi ini membolehkan anda mempunyai akses mudah ke antaramuka tab dengan satu sapuan.

Galaxy Tab A7 Lite juga dilengkapkan degan Samsung Knox yang meningkatkan jaminan keselamatan peranti anda dan data-data di dalamnya.

Tidak ketinggalan, fungsi Samsung Kids juga membenarkan anda sebagai ibu bapa atau penjaga mengawal dan menghadkan akses ke aplikasi dan penggunaan oleh anak-anak. Justeru, dapat memberikan kelegaan buat ibu bapa yang ingin memberikan tablet ini untuk digunakan untuk tujuan pembelajaran anak-anak.

Layari laman web rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Tab A7 Lite.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar