Utama Rencana Inovasi Teknologi untuk Generasi Akan Datang

Inovasi Teknologi untuk Generasi Akan Datang

Oleh Vincent Tang, Naib Presiden Serantau, Epicor Asia

528
0
Technology Innovation for the Next Generation

Pasaran buruh Malaysia sedang mengalami perubahan mendadak susulan pandemik baru-baru ini. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah buruh di Malaysia adalah sekitar 16.5 juta orang, dengan 76.2 peratus daripada mereka telah digaji. Kini, pembukaan semula sempadan negara telah merancakkan momentum pasaran kerana banyak sektor seperti industri perkhidmatan sedang berkembang pesat, sekali gus memerlukan pekerja tambahan bagi memenuhi kenaikan permintaan.

Namun, di sebalik perkembangan ini, wujudnya cabaran untuk memulihkan tenaga kerja ke tahap pra-pandemik akibat gangguan rantaian bekalan semakin parah, kenaikan kos, cabaran menentukan harga pengguna serta kekurangan tenaga kerja, kerana syarikat-syarikat telah berhenti menggaji pekerja atas kebimbangan tentang kemelesetan ekonomi global. Kesannya, Malaysia kekurangan 1.2 juta pekerja dalam sektor pembuatan, perladangan dan pembinaan.

Menjelang 2025, Generasi Z (Gen Z), iaitu mereka yang lahir sejak lewat 90-an, dijangka akan membentuk 27 peratus daripada tenaga kerja buruh. Jadi, integrasi teknologi digital ke dalam pembuatan adalah mustahak sekiranya perniagaan mahu memacu kadar pengambilan pekerja bagi kumpulan umur tersebut. Selain meningkatkan peluang buruh semasa musim dan perayaan yang popular, integrasi teknologi digital turut memainkan peranan penting dalam menangani isu kekurangan buruh. Pekerjaan dalam industri pembuatan lazimnya bersifat bermusim dan oleh itu, ia tidak perlu dikekalkan untuk jangka panjang. Bagaimanapun, keperluan itu akan kembali apabila permintaan perniagaan berubah.

Jadi, apakah penambahbaikan yang boleh dibuat untuk menguruskan pusing ganti pekerja dalam sektor pembuatan demi kepentingan perniagaan? Epicor Advanced Manufacturing Execution Systems (MES) membolehkan anda menguasai data operasi dan mengubah data kepada cerapan yang boleh diambil tindakan. Epicor MES dapat membantu merancang beban kerja, menjejaki keperluan pengeluaran, dan mengenal pasti sumber yang diperlukan untuk merancang dan meramalkan kemuncak keperluan.

Sebenarnya, jurang dalam kekurangan buruh boleh diperbaiki dengan strategi perniagaan dan penyelesaian perisian yang betul untuk menangani keperluan perniagaan yang sebenar. Dalam pada itu, Epicor MES bukan sahaja membolehkan pengeluar menyelesaikan masalah perniagaan sebenar, tetapi juga membawa banyak manfaat perniagaan:

Mempercepatkan suai tugas pekerja 

MES dapat membantu mempertingkatkan suai tugas (onboarding) pekerja. Pusing ganti merupakan hal biasa dalam pembuatan disebabkan sifat pekerjaannya yang bermusim. Jadi, kilang-kilang perlu mengekalkan bilangan tenaga kerja secara konsisten. Ini bermakna pekerja baharu perlu menyesuaikan diri secara pantas bagi memenuhi permintaan pengeluaran. MES berfungsi sebagai alatan suai tugas virtual untuk pekerja baharu, dengan menyediakan latihan dalam talian, arahan, lukisan dan langkah proses kerja, serta bantuan atas permintaan melalui antara muka skrin sentuh yang mudah. Selari dengan perkembangan suai kerja dan latihan pekerja, MES juga mampu mengurus kemahiran dan keupayaan pekerja, serta memaklumkan perniagaan apabila pekerja sudah bersedia untuk menggunakan mesin atau menyertai unit tugasan tertentu. Selain itu, MES turut memudahkan proses pengambilan pekerja dan latihan, kerana pekerja dapat meningkatkan kemahiran mereka secara pantas dan membolehkan pengeluar beroperasi secara berkesan.

Mengumpul dan berkongsi data secara berkesan

Dalam tenaga kerja pembuatan, data lazimnya dikumpul secara manual, yang mungkin memakan masa, berisiko dan menjejaskan produktiviti. MES dapat membantu pengeluar mengumpul dan berkongsi data secara berkesan dan mudah, di samping mengurangkan ralat manusia. Pengumpulan data secara automatik, tepat dan masa sebenar akan memberikan pengeluar gambaran jelas tentang inventori, ketersediaan komponen dan prestasi mesin untuk menguasai keadaan sebenar, sekali gus menggalakkan keputusan operasi dan kewangan yang lebih baik serta meningkatkan produktiviti pekerja.

Melancarkan proses dan prestasi

MES turut membantu melancarkan proses dan prestasi, membolehkan pengeluar cakna tentang persekitaran pengeluaran bagi memantau isu serta pembolehubah yang dapat mempengaruhi seluruh barisan pengeluaran. Melalui kawalan kualiti dan pendekatan statistik, MES mengautomasikan pemantauan proses, dan perisiannya dapat dikonfigurasikan untuk menghentikan mesin apabila perlu. Jadi, ia dapat membantu memenuhi permintaan pengeluaran dengan membolehkan pengendali mesin menumpukan fokus pada pengeluaran dan melaksanakan tugas dengan baik.

Teknologi Epicor MES menawarkan syarikat-syarikat sumber digital untuk mengambil dan mengekalkan pekerja baharu, di samping menguruskan kakitangan semasa secara lebih berkesan. Penyelesaian teknologi seperti Epicor MES memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos pengeluaran, meminimumkan ralat dan meningkatkan kelajuan operasi. Integrasi teknologi ke dalam pekerjaan dalam sektor pembuatan dapat menarik generasi muda, khususnya Gen Z, untuk menyertai tenaga kerja. Ditemani teknologi sepanjang hidup mereka, Gen Z mampu menjadi aset berguna kepada tenaga kerja kerana mereka yakin akan manfaat teknologi.

Malah, Gen Z sangat bergantung pada teknologi, dan menurut tinjauan oleh DELL, 80 peratus daripada responden Gen Z mengharapkan syarikat untuk menyediakan komputer riba, tablet, telefon dan perisian yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka secara cekap, manakala 91 peratus berpendapat teknologi akan mempengaruhi keputusan mereka dalam memilih antara majikan-majikan yang serupa. Dengan menyediakan alatan, perisian dan teknologi yang betul untuk pekerja, perniagaan dapat meningkatkan kadar pengekalan pekerja secara ketara, serta mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Selain menaik taraf produktiviti secara berterusan di tempat kerja, membina ‘warganegara’ digital yang celik teknologi adalah kunci kepada inovasi tenaga kerja dalam sektor pembuatan.

Vincent-Tang-Epicor-2018

Vincent Tang merupakan Naib Presiden Serantau Epicor® Asia. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri perisian Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), Vincent kaya dengan pengalaman dalam rantaian bekalan serta wawasan tentang pembangunan dan transformasi digital industri pembuatan dan pengedaran/logistik di Asia, khususnya dari perspektif seorang eksekutifkanan.

Artikel sebelum iniWhatsApp di seluruh Dunia sedang mengalami Masalah untuk di akses
Artikel seterusnyaTablet PerantiSiswa mempunyai Sistem Penjejakan, Boleh dimatikan Secara Jarak Jauh jika didapati Dijual Semula
Terus dari meja pengarang berita Harian Teknologi. Akhbar teknologi nombor 1 di Malaysia!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.